KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Pejabat Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Malaysia Expatriate Talent Service Centre (MYXpats) akan ditutup sementara sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima negeri serta tiga Wilayah Persekutuan.
Menurut kenyataan TalentCorp hari ini, pejabat MYXpats turut ditutup hari ini bagi pelaksanaan kerja-kerja sanitasi di premis selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
“Bermula esok, semua kakitangan TalentCorp dan MYXpats akan bekerja dari rumah. Semua mesyuarat dan janji temu bersemuka dengan pihak berkepentingan akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak atau diadakan menerusi panggilan telefon atau telesidang,” demikian menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, TalentCorp dan MYXpats akan beroperasi pada kapasiti penuh apabila keadaan disahkan selamat.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta