Jumaat, 22 Januari 2021
AM
11/01/2021 08:58 PM

BAGAN SERAI, 11 Jan -- Seorang penjawat awam antara 31 orang yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti perjudian laga ayam di kawasan ladang sawit di Changkat Lobak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata semua suspek berumur 27 hingga 68 tahun ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dalam satu serbuan di ladang sawit itu pada pukul 3 petang.

Beliau berkata dalam serbuan itu polis merampas 27 ekor ayam sabung hidup, lima bangkai ayam, pelbagai peralatan untuk sabung ayam serta wang tunai sebanyak RM91,570 yang merupakan wang pertaruhan.

"Semua tangkapan dan barang rampasan dibawa balik ke IPD Kerian untuk siasatan lanjut dan jumlah anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM150,000.

"Difahamkan, setiap pertaruhan atau pemain mempertaruhkan RM11,000 untuk perlawanan laga ayam dalam gelanggang dan ia tidak termasuk pertaruhan di luar gelanggang oleh penonton," katanya dalam satu sidang media di IPD Kerian di sini, hari ini. 

Mazuki berkata semua suspek direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 3 (1) Langkah-langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952) dan Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan