Ahad, 17 Januari 2021
AM
10/01/2021 12:59 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan  -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat, yang dijangka berterusan di Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 11 pagi memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat di Johor ialah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan turut diramal berlaku di Johor, yang membabitkan daerah Segamat dan Mersing.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga Selasa turut dikeluarkan bagi Pahang yang melibatkan daerah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta Tangkak dan Muar di Johor.

Keadaan cuaca sama juga diramal sehingga esok melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak; Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat di Sabah serta Labuan.

-- BERNAMA



 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan