Isnin, 18 Januari 2021
08/01/2021 06:24 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan -- Tindakan licik dua lelaki menyorokkan bekalan dadah dalam kereta terbongkar apabila ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di sini.

Secara keseluruhan, sebanyak 269 bungkusan dadah jenis ganja seberat 265.7 kilogram  dianggarkan  bernilai RM667, 250 yang disorok di dalam empat jenis kereta dirampas.

Empat kereta berkenaan iaitu Perodua Bezza, Proton Saga, Daihatsu dan Perodua Myvi disita selain tiga lagi kenderaan iaitu Toyota Vellfire, Volkswagen Golf dan Perodua Alza disyaki digunakan untuk mengedar  dadah  berkenaan turut dirampas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata suspek pertama berusia 49 tahun ditahan di Kampung Batu Muda Isnin lepas yang membawa kepada penemuan dadah berkenaan dengan  anggaran berat 14,440 gram dan wang tunai RM1,070 yang disorok di dalam kereta Perodua Bezza dan Proton Saga di kawasan berhampiran.

“Polis turut menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Daihatsu yang diparkir di kawasan semak berhampiran lokasi suspek ditahan dan menemui 187,460 gram dadah disyaki ganja,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut, suspek kedua berusia 36 tahun berjaya ditahan hari berikutnya di Taman Desa Petaling yang membawa kepada penemuan 63,754 gram dadah berkenaan yang disorok dalam kereta jenis Perodua Myvi di kawasan parkir sebuah kediaman di Jalan Sungai Besi, di sini.

Tiga lagi kenderaan lain iaitu Toyota Vellfire, Volkswagen Golf dan Perodua Alza turut disita di lokasi sama. 

"Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek itu mendapat bekalan dadah dari negara jiran dan aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lepas dengan menggunakan kenderaan mewah serta menyembunyikan dadah itu dalam kereta usang," katanya. 

Menurutnya, semakan lanjut mendapati semua kenderaan tersebut mempunyai cukai perjalanan yang sah dan ada antaranya dimiliki suspek yang masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan jenayah serta seorang daripada mereka positif dadah jenis Benzo hasil ujian saringan air kencing. 

Katanya, kedua-kedua mereka ditahan direman masing-masing sehingga 10 dan 12 Januari ini.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan