Rabu, 25 November 2020
AM
22/11/2020 09:31 PM

MELAKA, 22 Nov  -- Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 496 orang pada jam 8 malam ini, berbanding 474 orang pada jam 4 petang tadi.

Menurut aplikasi infoBencanaJKM, peningkatan itu itu disebabkan pertambahan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di Melaka Tengah dan SK Durian Tunggal, Alor Gajah.

PPS Ayer Molek sebelum ini menempatkan 93 mangsa (16 keluarga), namun meningkat kepada 100 mangsa (29 keluarga), manakala PPS SK Durian Tunggal pula dihuni 71 mangsa (15 keluarga) berbanding 56 mangsa (13 keluarga) pada petang tadi.

Sementara itu, di Jasin, jumlah mangsa banjir kekal dengan SK Tehel menempatkan 125 mangsa (30 keluarga), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen melibatkan 61 mangsa (16 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil mempunyai 122 mangsa (52 keluarga).

Sebanyak enam PPS dibuka di tiga daerah di negeri ini sejak banjir mula melanda Jumaat lalu.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan