Ahad, 29 November 2020
21/11/2020 05:59 PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat & Muar) sehingga Isnin ini (23 Nov).

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata hujan lebat juga dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai); dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu & Marang) bermula esok (22 Nov) hingga Isnin (23 Nov) ini.

“Angin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5-meter dijangka bertiup di perairan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan