Isnin, 30 November 2020
AM
20/11/2020 06:23 PM

Oleh Mohd Shukri Ishak

JAKARTA, 20 Nov -- Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada dua konsul kehormat Malaysia di Bali dan Makassar.

Drs Panudiana Kuhn, 68, seorang ahli perniagaan di Indonesia, dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia di Bali manakala Drs H Bahar Ngitung, 63, bekas Ahli Dewan Perwakilan Daerah Sulawesi Selatan dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia di Makassar.

"Saya berharap konsul kehormat kita di Bali dan Makassar ini dapat mewujudkan jambatan bagi mengukukan lagi persahabatan antara kedua-dua negara," kata Zainal Abidin pada majlis penyerahan watikah berkenaan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, hari ini.

Lantikan mereka adalah untuk tempoh tiga tahun dan akan memainkan peranan dalam membantu menjaga kepentingan rakyat Malaysia di provinsi berkenaan terutamanya berkaitan konsular.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan