Sabtu, 31 Oktober 2020
18/10/2020 06:02 PM

BANGKOK, 18 Okt -- Thailand melaporkan tiga lagi kes jangkitan tempatan COVID-19 di wilayah utara negara itu yang bersempadan dengan Myanmar hari ini.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) pesakit baharu itu adalah ahli keluarga pasangan warga Myanmar yang tinggal di daerah Mae Sot di Wilayah Tak yang diuji positif minggu ini.

Pesakit baharu itu adalah seorang wanita berusia 23 tahun dan anak lelakinya berusia setahun serta anak perempuannya berusia 10 tahun yang tinggal di Mae Sot. Mereka adalah kontak rapat pasangan yang disahkan itu.

“Pesakit menerima rawatan di Hospital Mae Sot di Wilayah Tak,” menurut CCSA dalam kenyataan hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan tujuh kes baharu COVID-19 termasuk tiga penularan tempatan dan empat kes import.

Setakat ini, Thailand merekodkan 3,686 kes dengan 59 kematian.

Semalam, Thailand melaporkan kes jangkitan tempatan pertama COVID-19 dalam tempoh lebih sebulan.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand menggiatkan usaha untuk mengesan kontak pasangan itu.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan