Ahad, 25 Oktober 2020
17/10/2020 06:23 PM

KEPALA BATAS, 17 Okt -- Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga dekat sini hari ini menjalani operasi sanitasi kali ketiga sebagai usaha mencegah penularan pandemik COVID-19.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Zainal Abidin Omar berkata kerja sanitasi kali ketiga itu dilaksanakan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bagi memastikan keselamatan kesemua warga sekolah itu lebih terjamin.

“Kerja sanitasi pada hari ini melibatkan keseluruhan kawasan sekolah merangkumi bilik darjah termasuk Masjid Jamek Permatang Janggus bagi memastikan keselamatan dan keselesaan warga sekolah dan jemaah setempat terpelihara,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata semburan nyah kuman pertama dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 1 Okt manakala kerja sanitasi kedua dilaksanakan pada 7 Okt oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Pada 2 Okt, SK Permatang Janggus diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang berikutan seorang guru di sekolah itu disahkan positif COVID-19.

SK Permatang Janggus diakui selamat oleh KKM untuk beroperasi seperti biasa pada 9 Okt lepas, namun pembukaan semula sekolah itu hanya membabitkan murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam manakala murid Tahun Satu dan Dua kembali ke sekolah pada 15 Okt.

Kesemua warga sekolah seramai 435 orang termasuk murid, guru, pekerja pejabat sekolah, pekerja kantin dan tukang kebun disahkan negatif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan pada 7 dan 13 Okt.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan