Jumaat, 23 Oktober 2020
AM
16/10/2020 09:03 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menerima 30 usul daripada 25 ahli Dewan Rakyat sehingga petang tadi bagi sidang mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau memaklumkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari bermula 2 Nov hingga 15 Dis ini.

“Sesi sidang mesyuarat kali ini telah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Okt 2020,” katanya.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan