Ahad, 25 Oktober 2020
AM
14/10/2020 07:49 AM

TAIPING, 14 Okt  -- Seorang pengawal keselamatan sekolah maut akibat dihempap sebatang pokok pinang yang patah dalam kejadian ribut di Kampung Relang, Batu Kurau, semalam. 

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata ketika kejadian, mangsa Hamize Abu Bakar, 58, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya ekoran keadaan cuaca mendung dan angin kencang pada pukul 1.50 tengah hari.

Katanya, polis yang menerima laporan kejadian itu melalui MERS 99 telah pergi ke lokasi dan mendapati mangsa terbaring berhampiran motosikalnya. 

"Petugas kesihatan yang tiba membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala kerana dihempap sebatang pokok pinang," katanya kepada Bernama. 

Mayat dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan