Selasa, 29 September 2020
AM
17/09/2020 10:32 AM

IPOH, 17 Sept -- Jumlah penduduk yang terjejas banjir sehingga terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak menurun kepada 19 orang pagi ini berbanding 126 orang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, kesemua mangsa dari daerah Kerian di Kampung Parit Abu Hassan Alor Pongsu daripada tujuh keluarga itu masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu sehingga 10 pagi ini.

"Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak dan dua bayi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Sukarelawan Malaysia ditugaskan bagi memantau keadaan banjir dan PPS.

PPS itu mula dibuka sejak lewat petang Ahad lepas selepas kediaman penduduk dinaiki air akibat banjir kilat di kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan