Selasa, 29 September 2020
AM
16/09/2020 07:13 PM

TAWAU, 16 Sept -- Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau sedang mengenal pasti semua individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa kemalangan maut di Jalan Chong Thien Vun, di sini pada Sabtu, selepas wanita itu disahkan positif COVID-19.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata wanita berusia 75 tahun itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kawasan perumahannya.

"Ketika ini, kami sedang mengesan semua kontak rapat mangsa bagi melakukan ujian saringan COVID-19, termasuk pegawai dan anggota polis yang mengendalikan kes, keluarga serta orang perseorangan yang membantu mengangkat mayat mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan wanita itu maut dirempuh sebuah kereta di jalan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membeli makanan untuk sarapan pagi di premis makanan berhampiran.

Difahamkan wanita itu disahkan positif COVID-19 hari ini.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan