Khamis, 24 September 2020
AM
16/09/2020 08:52 AM

IPOH, 16 Sept  -- Jumlah penduduk yang terjejas banjir sehingga terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak setakat 8 pagi ini, kini 126 orang melibatkan dua daerah. 

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 94 orang daripada 44 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Kerian ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman dan SK Alor Pongsu.

Sementara, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak melaporkan, seramai 32 orang melibatkan 20 keluarga kini berada di PPS Dewan Orang Datuk Azman Mahalan, berikutan banjir di daerah Kampar. 

Ini menjadikan, keseluruhan penduduk yang berada di PPS berikutan banjir kilat akibat hujan lebat adalah seramai 126 orang berbanding 122 semalam. 

Cuaca di kebanyakan tempat di Perak pada pagi ini redup. 

-- BERNAMA 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan