Rabu, 08 Julai 2020
AM
30/06/2020 07:40 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Aktiviti pelancongan domestik negara dijangka berkembang 30 peratus bagi tempoh enam bulan hingga setahun, pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata berdasarkan dapatan kajian agensi itu, pelancong tempatan dilihat lebih berani untuk melancong dalam negara semasa tempoh itu.

Jelasnya, corak pelancongan domestik juga dijangka berubah dengan segmen pelancongan keluarga menjadi pilihan utama.

"Sebaik sahaja Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengumumkan sektor pelancongan domestik dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun, kita lihat rakyat mula melancong di dalam negara selepas tarikh itu.

"Malah kajian mendapati trend melancong selepas ini, orang pilih melancong dengan keluarga. Oleh itu, pemain industri perlu bersedia dengan produk dan tawaran yang sesuai dengan permintaan segmen ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Seminar Pasca PKP Pemulihan Sektor Pelancongan dan pelancaran portal pelancongan domestik ditofa.com, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Mohd Khalid Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif ditofa.com Haffiz Halim.

Mengenai portal ditofa.com, Ammar berkata platform digital yang dibangunkan oleh anak tempatan itu adalah sebagai usaha membantu pemain industri bagi memasarkan serta mempromosi produk dan tawaran pelancongan mereka, khususnya selepas berdepan impak penularan COVID-19.

Beliau berkata portal itu bukan sahaja memudahkan tempahan hotel dan penginapan, malah ia menyediakan tawaran menarik bagi kategori Umrah, lokasi tarikan pelancong dan aktiviti pelancongan lain.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan