Sabtu, 04 Julai 2020
29/06/2020 05:06 PM

KOTA BHARU, 29 Jun -- Empat lelaki berusia antara 33 hingga 43 tahun ditahan anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dalam Op Benteng Covid selepas didapati memindahkan ayam daging bernilai RM46,000 tanpa permit.

Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhar Nusi berkata dua pemandu dan dua kelindan dan lori masing-masing ditahan di sekatan jalan raya di Kampung Banggol Kong, dekat Jeram Perdah, Pasir Mas  pada kira-kira 12.40 malam tadi.

"Pemeriksaan yang dijalankan menemukan1,470 ekor ayam daging dan 1,600 ekor ayam dalam setiap lori itu dianggarkan bernilai RM46,000, manakala kedua-dua lori pula dianggarkan bernilai RM120,000," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Azhari berkata pemeriksaan mendapati permit atau surat kebenaran memindahkan ternakan atau bahan haiwan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah tamat tempoh.

Katanya siasatan awal mendapati ayam daging itu diambil dari Bukit Tengah,  Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan akan dihantar ke tempat pengumpulan di Kampung Sri Tujoh, Tumpat

Beliau berkata, selain untuk pasaran tempatan, ayam itu juga disyaki akan diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram di Sungai Golok.

-- BERNAMA

 

 


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan