Sabtu, 04 Julai 2020
AM
26/06/2020 10:56 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun -- Kesilapan Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) dan kesilapan nombor akaun bank majikan menjadi antara faktor yang menyebabkan permohonan Program Subsidi Upah (PSU) ditolak.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, selain itu terdapat akaun majikan yang tidak aktif atau nombor telefon majikan tidak dapat dihubungi, juga menjadi punca masalah itu.

Beliau berkata Perkeso amat mengambil berat masalah majikan yang masih belum menerima bayaran PSU.

"Setelah semakan semula kes ditolak oleh pihak bank, Perkeso mendapati masih terdapat kesilapan pada nombor BRN atau nombor akaun yang diberi dalam permohonan PSU, dan ada akaun bank majikan yang tidak aktif ataupun nombor telefon majikan tidak dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata mulai hari ini mana-mana majikan yang masih belum menerima subsidi upah, boleh terus menghubunginya melalui emel ceo@perkeso.gov.my selain boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-8000 atau hadir ke mana-mana pejabat Perkeso.

Katanya Perkeso akan sedaya-upaya memastikan bayaran dibuat kepada semua majikan yang layak menerima bantuan subsidi upah.

PSU merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah, yang bertujuan membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Untuk membantu majikan terus beroperasi dengan mengekalkan pekerja di waktu yang mencabar ini, kerajaan melonggarkan syarat di bawah PSU antaranya majikan dibenarkan untuk melaksanakan pengurangan waktu bekerja mingguan diikuti dengan pengurangan gaji dengan persetujuan pekerja.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan