Ahad, 05 Julai 2020
26/06/2020 12:13 AM

KUALA LUMPUR, 25 Jun -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) merekodkan seramai 16,000 peserta berdaftar menerusi kempen 'Let's Learn Digital' sejak dilancarkan pada 1 Mei lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri berkata kempen yang mempromosi kursus dalam talian secara percuma mengenai kemahiran digital dan data itu mendapat sambutan positif daripada peserta, dan agensi itu akan meneliti perancangan untuk meneruskannya pada masa hadapan.

"Kempen ini merupakan kerjasama dengan platform pembelajaran dalam talian global, Coursera di bawah inisiatif #mydigitalworkforce, dan kami menawarkan sejumlah 3,800 kursus termasuk Sijil Latihan Profesional melalui permohonan sehingga 31 Dis tahun ini.

"Daripada 16,000 peserta ini, 12,000 daripadanya merupakan mereka yang hilang pekerjaan dan terkesan akibat COVID-19. Jadi kami melihat perlunya program sebegini terus wujud dan dipertingkatkan, lagipun kursus-kursus ini percuma untuk disertai orang ramai," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Jelasnya, kursus ditawarkan melalui kempen itu adalah berkaitan dunia digital antaranya Automasi IT Google dengan Python, SAS Programmer, dan Intel Introduction to Deep Learning, serta boleh diakses oleh pelajar seperti penganalisis data, arkitek awan dan pembangun perisian.

Menurut Surina, lonjakan digital diperlukan pada masa ini menyebabkan MDEC memfokuskan kepada tiga tonggak utama iaitu rakyat Malaysia yang mahir secara digital; menggerakkan perniagaan secara digital dan menarik pelaburan digital bagi rakyat Malaysia untuk memperoleh kemahiran baharu; dan bersiap siaga untuk bekerja dalam ekonomi digital pasca-COVID-19.

Pendaftaran untuk kempen Let's Learn Digital boleh dilakukan di www.mdec.my/letslearndigital.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan