Rabu, 27 Mei 2020
AM
23/05/2020 06:08 PM

PUTRAJAYA, 23 Mei -- Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) tetap beroperasi seperti biasa esok dalam menangani penularan wabak terutama COVID-19, yang ketika ini dihadapi negara meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri esok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

"Begitulah pengorbanan mereka dan "frontliners" lain di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)," kata beliau dalam perkongsiannya di Facebook di sini hari ini.

Beliau berkata taklimat terkini mengenai COVID-19 tetap berjalan seperti biasa di pejabatnya awal pagi tadi.

Taklimat itu disertai Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon, Pengarah Kawalan Penyakit Dr Norhayati Rusli, dan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Datuk Dr Norhizan Ismail.

Dr Adham seterusnya menyeru rakyat mematuhi undang-undang, arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa terutama di musim perayaan ini.

"Kita mesti menang dalam perjuangan ini. Bersama kita teruskan perjuangan ini agar rantaian penularan COVID-19 dapat diputuskan!," katanya.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan