Isnin, 25 Mei 2020
AM
23/05/2020 05:18 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Menjaga jarak sosial semasa meraikan Aidilfitri adalah ‘tanda sayang” yang paling bermakna buat insan yang dikasihi, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N. Ganabaskaran.

Mengucapkan Selamat Hari Raya  kepada semua umat Islam yang menyambut Aidilfitri esok, beliau berkata sambutan pada tahun ini akan berbeza berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun, beliau berharap mereka yang meraikannya akan tetap merayakan Aidilfitri dengan penuh bermakna.

"Sekarang adalah waktunya untuk menunjukkan rasa sayang kita dari kejauhan. Pelbagai cara dapat menjadikan sambutan Hari Raya suatu yang istimewa melalui penggunaan platform digital moden seperti mengirim ucapan kreatif, membuat panggilan video kepada sanak saudara dan rakan serta menghantar hadiah melalui pembelian dalam talian.

"Adalah penting untuk menjaga penjarakan sosial dengan insan tersayang serta rakan-rakan, khususnya orang yang berusia, bayi serta orang yang mempunyai sejarah penyakit kronik kerana mereka berisiko mengalami komplikasi jika dijangkiti COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

MMA juga mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengambil langkah menjaga keselamatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

"Selain melindungi diri daripada COVID-19, adalah penting untuk menjaga kesihatan seperti menghindari makanan berminyak, makan secara berlebihan, pengambilan gula yang tinggi dan perlu minum air kosong secukupnya setiap hari," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan