Sabtu, 30 Mei 2020
23/05/2020 12:41 PM

TAWAU, 23 Mei -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai lebih RM1.65 juta menerusi Ops Supply Raya di sekitar daerah Tawau, sejak 24 April lepas sehingga semalam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata pelbagai jenis dan jenama rokok tanpa cukai dirampas dalam beberapa serbuan dan pemeriksaan dengan anggaran rampasan berjumlah RM363,364 dengan jumlah cukai sebanyak RM1,288,504.60.

"Antara rampasan terbesar dibuat pada 4.30 pagi, 15 Mei lalu di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, tidak jauh dari lokasi serbuan pertama, yang menemukan beberapa kotak mengandungi pelbagai jenis dan jenama rokok seludup RM242,900," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdullah berkata beberapa serbuan dan pemeriksaan akan diteruskan sehingga 25 Mei ini.

Beliau menjelaskan, walaupun tiada sebarang tangkapan dibuat, operasi berterusan yang dijalankan berjaya menggagalkan sindiket penyeludupan rokok di daerah ini.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan