Isnin, 25 Mei 2020
AM
23/05/2020 10:06 AM

KUALA LUMPUR, 23 Mei  -- Pengguna Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus pada hari pertama Aidilfitri.

Maju Expressway Sdn Bhd dalam kenyataan di sini memaklumkan diskaun itu sah untuk semua pengguna dan kelas kenderaan bermula  12.01 malam ini hingga 11.59 malam esok (24 Mei).

Untuk maklumat lanjut dan informasi trafik terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol MEX di 03-83159111 atau ikuti MEXTraffic di Twitter dan Facebook.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan kakitangan kumpulan syarikat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam.

-- BERNAMA

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan