Rabu, 27 Mei 2020
22/05/2020 05:14 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei  -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS) menyelar tindakan pihak tertentu yang cuba menjejaskan hubungan baik kesatuan dengan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menerusi penyebaran maklumat berunsur fitnah dan penipuan.

Presidennya, Ismail Ali berkata UPUS telah membuat laporan polis dan mendakwa perkara berkenaan mencemarkan imej UPUS dan Pos Malaysia.

Beliau menegaskan UPUS memandang serius terhadap tuduhan dan tohmahan yang tular baru-baru ini, mengenai dakwaan seorang pekerja seragam Pos Malaysia tidak diberikan bonus dan terpaksa hidup dalam kesusahan. 

“Siasatan sudah dijalankan, malah wakil kami di peringkat negeri dan cawangan telah dirujuk. Kami mendapati tiada posmen atau pekerja Pos Malaysia mengalami kesusahan seperti yang digembar-gemburkan.

“Cerita (dakwaan) yang ditularkan itu palsu dan direka oleh individu yang mempunyai kepentingan peribadi bertujuan untuk menipu masyarakat. Kami mohon kerjasama polis menjalankan siasatan penuh terhadap kes penipuan dalam talian sedemikian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial kandungan surat yang dipercayai ditulis seorang petugas Pos Malaysia kepada pihak atasannya, meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat memenuhi keperluan Aidilfitri keluarganya kerana tiada bonus.

Dalam pada itu, Ismail berkata UPUS menghargai usaha Pos Malaysia dalam menjaga hubungan antara kesatuan dan kebajikan pekerja.

“Kami berpuas hati dengan apa yang disediakan setakat ini dan kami akan berganding bahu bersama syarikat dalam merealisasikan rancangan transformasi dan memajukan prestasi syarikat, bagi mencapai hasil kejayaan yang dapat dinikmati oleh semua,” katanya.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan