Rabu, 27 Mei 2020
AM
13/05/2020 02:19 PM

KOTA BHARU, 13 Mei  -- Operasi penghantaran pulang 166 pelajar daripada 10 institut pengajian tinggi termasuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Kuching, Sarawak hari ini berjalan lancar.

Timbalan Naib Canselor UMK (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Zaliman Sauli berkata daripada jumlah itu, 87 adalah penuntut UMK selain 30 penuntut Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya (20), Universiti Teknologi Mara (5), Universiti Malaysia Pahang (3), Universiti Malaysia Terengganu (8), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (8) manakala selebihnya pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“Saya bersyukur dan terima kasih terutamanya kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berusaha mengatur penghantaran pulang pelajar ke negeri masing-masing dengan lancar," katanya ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini. 

Zaliman berkata proses penghantaran pulang pelajar hari ini sepatutnya pada 10 Mei lepas, namun disebabkan beberapa perkara termasuk jadual penerbangan ditunda menyebabkan perjalanan dilakukan pada hari ini.  

Beliau berkata sehingga kini UMK telah menghantar pulang lebih 800 pelajarnya daripada hampir 1,000 pelajar yang terkandas di kampus dan juga di luar kawasan kampus ke negeri masing-masing dan kini berbaki 182 orang dari Sabah yang menunggu tarikh untuk penerbangan pulang.

Sementara itu, penuntut Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Perdagangan UMK, Spencer Remang Anak Ngelingkong, 23, menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada KPT dan UMK yang berusaha menguruskan perjalanan penuntut untuk pulang ke negeri masing-masing dengan selamat.

“Saya bersyukur dapat pulang ke Sarawak pada hari ini, malah berita gembira ini turut dikongsi kepada kedua ibu bapa saya dan mereka sudah tidak sabar menunggu ketibaan saya nanti,” katanya.

 -- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan