Sabtu, 04 April 2020
AM
27/03/2020 02:08 AM

IPOH, 26 Mac -- Masih ingat dengan ‘Mama Pinky’ - si badut pencinta kucing jalanan yang sebelum ini membelanjakan pendapatan sampingannya itu untuk membeli makanan kucing jalanan?

Mama Pinky, atau nama sebenarnya, Nazirah Abd Rahman, 43, berkata susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lepas, kerja sampingannya sebagai badut kini perlu dihentikan.

“Dalam waktu sebeginilah (PKP), kucing dan anjing jalanan memerlukan kita. Mama susah hati, kedai tiada yang buka mana mereka pandai nak cari makanan tambahan lagi yang duduk di lorong-lorong kedai.

“Selalu mama dapat RM200 hingga RM300 jika buat kerja sampingan sebagai badut setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, lepaslah untuk perbelanjaan beli makanan kucing sebanyak RM500 untuk seminggu... Sebab tidak boleh buat kerja sampingan sebagai badut jadi terpaksa juga keluarkan duit sendiri,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Nazirah melakukan kerja sambilan sebagai badut pada setiap hujung minggu di Konda Kondi Cafe, Jalan Sultan Idris Shah di sini.

Tambahnya, pada ketika ini beliau mengambil peluang untuk memberi makanan kucing di pasar dan tepi jalan setiap dua hari sekali.

“Mama akan pastikan mama keluar dengan memakai topeng muka dan memakai cecair pembasmi kuman, tanpa mengambil masa yang lama untuk berada diluar ekoran penularan wabak COVID-19 ketika ini,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata beliau bagaimanapun kini berjimat dengan mengehadkan kuantiti makanan.

“Masih beri dua kali sehari pada kucing di rumah mama ini namun macam selalu mama letak lima bekas makanan di luar, sekarang memadai hanya empat,” katanya yang turut memiliki 50 ‘anak-anak’ si comel berbulu yang dipelihara sejak tahun 2017.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur kerana ada juga dikalangan rakan-rakannya yang memberi sumbangan untuk membeli makanan untuk kucing dan anjing jalanan yang terputus bekalan makanan.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan