Selasa, 07 April 2020
AM
26/03/2020 05:52 PM

PUTRAJAYA, 26 Mac -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19 bagi memberi sokongan psikologi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak itu dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan hari ini berkata perkhidmatan telekaunseling itu diwujudkan melalui Talian Kasih 15999 dan WhatsApp Talian Kasih 019-2615999. 

Katanya, perkhidmatan itu melibatkan seramai 528 kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara. 

"Pemanggil yang memerlukan perkhidmatan telekaunseling akan dipanjangkan kepada pegawai kaunselor yang berdekatan bagi membincangkan masalah yang dihadapi berkaitan COVID-19 dan kesan PKP. Ini bagi memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia sentiasa di tahap yang stabil," katanya.

Menurutnya, Talian Khas Kaunseling COVID-19 itu dibuka kepada mangsa COVID-19, waris mangsa, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain individu yang terkesan dengan PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April. 

"Perkongsian masalah dan khidmat telekaunseling diharapkan dapat membantu semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) bagi mengelakkan lain-lain masalah sosial seperti penderaan dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat berlanjutan sehingga boleh meningkatkan pelbagai risiko keselamatan," katanya. 

Rina berkata perkhidmatan itu beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. 

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan