Sabtu, 04 April 2020
26/03/2020 10:52 AM

PADANG BESAR, 26 Mac  -- Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup hampir satu tan daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM28,000 ke negara jiran dalam serbuan di sebuah rumah kosong di belakang Pekan Sayor, Kaki Bukit.

Pegawai Pemerintah Medan Op Wawasan Kedah/Perlis,  Supt Abd Aziz Abdullah berkata serbuan pada kira-kira 9.30 malam tadi dilakukan hasil daripada risikan pihaknya,

“Ketika serbuan anggota PGA mengejar tiga suspek sejauh kira-kira dua kilometer ke kawasan hutan berhampiran namun suspek meloloskan diri dengan sebuah kereta yang sedia menanti apabila dapat ‘menghidu’ awal kehadiran anggota,” katanya kepada Bernama di sini,  malam tadi.

“Kita berjaya merampas 31 guni daun ketum seberat 950 kilogram,” katanya.

Abd Aziz berkata daripada maklumat awal, daun ketum itu dipercayai dibawa dari luar Perlis untuk diseludup ke negara jiran.

Katanya PGA akan terus membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan negara tanpa mengira masa walaupun negara dilanda wabak COVID-19.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan