Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Status lima bintang hotel bukan jaminan pengalaman terbaik

IPOH, 6 Julai (Bernama) -- Status lima bintang yang dimiliki sesebuah hotel bukan jaminan premis itu mampu memberikan pengalaman  terbaik kepada pelancong seterusnya mendapat penilaian tertinggi dalam 'TripAdvisor' sebuah portal pelancongan terbesar dunia. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelancong, sebuah hotel tidak lagi boleh hanya memfokuskan kepada perkhidmatan bilik serta makanan. 

Sebaliknya, kata Muhammad Bakhtiar setiap hotel perlu memastikan pekerja mereka mempunyai ilmu pengetahuan mendalam mengenai tarikan di kawasan sekitar atau negeri berkenaan untuk dikongsikan bersama pelancong yang kini mementingkan pengalaman. 

 "Jangan anggap anda lima bintang, maka akan dapat ulasan baik dalam TripAdvisor kerana ada hotel yang tiga, empat bintang tapi dapat ulasan, rating lagi ok. 

"Pergi melampaui daripada bilik, jangan fokus pada hotel saja, tinjau keadaan sekeliling, jangan minta tetamu makan dalam hotel tapi beritahu mereka tempat menarik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Peluang Perniagaan Pelancongan Perak di sebuah hotel di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing. 

Seminar sehari itu disertai penggiat dan pemain industri pelancongan tempatan antara lain bertujuan memberi penerangan mengenai khidmat pembiayaan perniagaan selain konsultasi teknikal.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhammad Bakhtiar berkata kakitangan hotel merupakan duta pelancongan negara kerana mereka antara individu yang berdepan dengan pelancong sama ada asing atau domestik. 

"Kadang-kadang ada pekerja tengok kita dia sebolehnya nak mengelak, tiada bertentang mata, tidak menegur sapa pelancong," katanya

Mengenai Perak, beliau berkata negeri ini mempunyai banyak tarikan pelancongan yang membolehkan ia menjadi tumpuan pelancong sama ada dalam atau luar negara. 

Katanya antara tarikan di negeri itu termasuk Lenggong yang mempunyai Bukit Bunuh, iaitu lokasi sebuah meteorit terhempas pada 1.83 juta tahun dahulu dan  Perak Man iaitu rangka manusia lelaki tertua yang pernah ditemui di Malaysia dan paling lengkap di AsiaTenggara.....

[ berita penuh ]

 

Taiwan tawar rawatan, latihan  perubatan berteknologi tinggi


Oleh Wan Nadia Khairani Wan Chik

BAYAN BARU, 6 Julai (Bernama) -- Pusat perubatan pakar sel stem dan terapi sel, Hualien Tzu Chi Hospital di Taiwan berhasrat membantu memulihkan lebih ramai pesakit khususnya yang menghidap kanser darah atau leukemia di Malaysia melalui kaedah rawatan regeneratif.

 
 

IR 4.0: Usahawan perlu kaji trend pasaran, utamakan kepuasan pelanggan


Oleh Oleh Wan Nadia Khairani Wan Chik & Diah Nor Iscahyono Mohd Jaiz

BAYAN BARU, 6 Julai (Bernama) -- Pemain industri di Malaysia perlu meneroka Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang canggih dan kepakaran jentera tepat dari Taiwan yang dilihat mampu memberikan kelebihan dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), seterusnya memacu pasaran global.

 
 

Kedah mahu kumpul sebanyak mata berbaki tiga perlawanan


ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Berbaki tiga lagi perlawanan dalam Liga Super 2019, Kedah mahu mengumpul sebanyaknya mungkin mata bagi membolehkan pasukan itu berada di kedudukan naib juara yang masih lagi terbuka dan menjadi rebutan beberapa pasukan.

 
 

Kedah sekadar seri 1-1 menentang PKNP FC


Kedah gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 menentang PKNP FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini

 
 

Pertanyaan langsung untuk melabur di Pulau Pinang meningkat, kata Chow


Pulau Pinang telah menerima jumlah pertanyaan langsung yang meningkat mengenai peluang pelaburan daripada pelabur asing, terutamanya Taiwan, berikutan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

 
 

Rakyat Malaysia makan kurang buah-buahan daripada yang disyorkan WHO


Satu kajian yang dijalankan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapati purata rakyat Malaysia mengambil buah-buahan kurang lapan kali daripada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

 
 

Lelaki raih RM5,000 sebulan jual cuti sakit palsu ditahan


Seorang lelaki yang memperoleh keuntungan sehingga RM5,000 sebulan dengan menjual sijil cuti sakit palsu ditahan polis bersama-sama seorang ejennya dalam dua serbuan berasingan semalam.

 
 

Simulasi DMAX uji kecekapan SAR tanah runtuh di Bukit Bendera hari ini


GEORGE TOWN, 5 Julai (Bernama) -- Tindakan pantas Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berjaya menyelamatkan dua mangsa yang cedera parah dalam ‘insiden runtuhan tanah’, melibatkan perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera, di sini hari ini.

 
 

KPDNHEP Perak rampas 12,450 cakera optik tanpa label


IPOH, 5 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 12,450 keping cakera optik tanpa label bernilai RM81,250 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, semalam.

 
 

JAS beri kelulusan bersyarat projek PSR


GEORGE TOWN, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang telah menerima kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 - 144 - 145 - 146 - 147 - 148 - 149 - 150 - 151 - 152 - 153 - 154 - 155 - 156 - 157 - 158 - 159 - 160 - 161 - 162 - 163 - 164 - 165 - 166 - 167 - 168 - 169 - 170 - 171 -


 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel