Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki selepas tular heret anjing dengan kereta

TAIPING, 12 Feb (Bernama) -- Gara-gara anjing peliharaan sering menggigit wayar di dalam rumah, seorang pemilik nekad hendak membuang haiwan tersebut itu, di sini  pada Ahad  malam.

Bagaimanapun, haiwan itu yang diikat di bahagian belakang kenderaan jenis Isuzu Dmax untuk dibuang, terjatuh dari kenderaan itu sehingga menyebabkannya terheret di atas jalan dan insiden itu kemudiannya tular di media sosial. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata susulan penularan video tersebut, pihaknya  menahan pemandu kenderaan itu seorang lelaki berumur 58 tahun, lewat petang semalam. 

"Tangkapan dibuat selepas seorang lelaki membuat laporan polis pagi semalam setelah menerima satu video menerusi aplikasi Wechat pada 3.45 petang Ahad menunjukkan seekor anjing diikat pada kereta dan diheret.....

[ berita penuh ]

 

Enam pemancing yang hilang sejak pagi semalam ditemui selamat


GEORGE TOWN, 11 Feb (Bernama) -- Enam pemancing yang dilaporkan hilang sejak pagi semalam ditemukan selamat kira-kira pukul 4.30 petang hari ini, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad.

 
 

Jumlah kes jenayah pelajar sekolah di Pulau Pinang turun 55 peratus


GEORGE TOWN, 11 Feb (Bernama) -- Jumlah kes jenayah melibatkan pelajar sekolah di Pulau Pinang turun kira-kira 55 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh Ketua Polis Negeri, Datuk T. Narenasagaran hari ini.

 
 

Makmal dadah diserbu kali kedua, pistol, bom dan peluru ditemui


BUKIT MERTAJAM, 11 Feb (Bernama) -- Sebuah rumah yang pernah diserbu polis di sini Disember lepas kerana disyaki dijadikan makmal dadah, sekali lagi diserbu semalam dan hasilnya membolehkan penemuan dua pucuk pistol, sebutir bom tangan serta 349 butir peluru hidup.

 
 

MAIPs dijangka beroperasi di kompleks sendiri pada 2021


KANGAR, 11 Feb (Bernama) -- Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Jalan Pegawai di sini yang dijangka siap dan beroperasi menjelang penghujung 2021 diyakini dapat meningkatkan komitmen MAIPs dalam memberi perkhidmatan lebih baik kepada umat Islam.

 
 

Mayat warga emas ditemui terapung dalam longkang sawah


TELUK INTAN, 11 Feb (Bernama) -- Misteri kehilangan seorang warga emas berusia 87 tahun sejak dua hari lepas terungkai selepas orang awam menemui mayatnya terapung dalam longkang sawah di Parit 8, Chikus, di sini petang semalam.

 
 

Maritim Pulau Pinang lancar operasi cari enam pemancing hilang sejak semalam


GEORGE TOWN,11 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pemancing yang dilaporkan hilang di kawasan perairan negeri Pulau Pinang sejak semalam.

 
 

Guna wang sekolah tangani masalah tikus


TELUK INTAN, 11 Feb (Bernama) -- Tidak tahan dengan masalah tikus yang semakin menjadi-jadi, pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Thiruvalluvar di sini, dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, terpaksa berbelanja lebih untuk mengawal kehadiran makhluk perosak tersebut.

 
 

Sarjan tentera antara lapan Orang Asli didakwa sebabkan kematian


IPOH, 11 Feb (Bernama) -- Seorang sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu.

 
 

Sambutan pesta belon udara panas tetap hangat biarpun hujan


GEORGE TOWN, 9 Feb (Bernama) -- Biarpun hujan renyai-renyai di Padang Polo, lokasi Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2019, ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk menikmati pesta itu yang diadakan buat kali kelima.

 
 

Isu permit projek ladang hutan 400 hektar: MB akan semak kesahihan


LUMUT, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri akan menyemak kesahihan surat kelulusan permit projek pembangunan ladang hutan seluas 400 hektar di dua lokasi di negeri ini yang tular sejak semalam.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 -


 
 
     
   
 

Sultan Kedah berkenan berangkat majlis berbuka puasa RAMD

 
     

PLUS nasihat pengguna l/raya terutama motosikal jangan guna lorong kecemasan

 
     

Warga emas Darul Hanan teruja dapat rasai bubur lambuk resepi istana

 
     

Sindiket pemerdagangan manusia tumpas, enam termasuk tiga anggota polis ditahan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel