Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pulau Pinang, Melaka jalin kerjasama lancar institut latihan perkhidmatan bekalan air baharu

GEORGE TOWN, 4 Dis (Bernama) -- PBA Resources Sdn Bhd (PBAR) menjalin kerjasama dengan KYM STES Sdn Bhd (KYM STES) bagi mewujudkan sebuah institut latihan perkhidmatan bekalan air baharu dikenali sebagai Institut Air Malaysia (MWI) yang berpangkalan di Melaka. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata MWI akan menjadi kampus cawangan Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA) di Melaka yang menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf dan kursus-kursus profesional. 

"PBAR, anak syarikat 100 peratus milik PBA Holdings Bhd, menguruskan PWSA manakala KYM STES adalah anak syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM).  

"Sejak tahun 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menawarkan kursus SKM kepada lepasan sekolah di mana sijil tersebut diiktiraf di seluruh Malaysia," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian perkongsian pintar selama dua tahun itu telah diadakan di kampus ICYM di Melaka, semalam.....

[ berita penuh ]

 

Polis tembak tayar kereta sebelum tahan suspek kes rogol


GEORGE TOWN, 4 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes rogol kanak-kanak bawah umur di Paya Terubong, berjaya diberkas selepas polis bertindak menembak tayar kereta yang dipandu lelaki itu dalam kejadian di Lebuhraya Jelutong, di sini malam tadi. 

 
 

Kedah pertimbang gabung anak syarikat elak kerugian


ALOR SETAR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kedah tidak menolak kemungkinan menggabungkan mana-mana anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) yang menjalankan operasi hampir sama sebagai langkah untuk mengelak kerugian.

 
 

Audit: Pengurusan LPS PDT Pulau Pinang belum capai kecekapan optimum


GEORGE TOWN, 3 Dis (Bernama) -- Pengurusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) belum mencapai kecekapan optimum, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2.

 
 

Landasan LTSAS dipanjangkan tahun depan - MB Perak


IPOH, 3 Dis (Bernama) -- Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, akan dinaik taraf tahun depan, antaranya membabitkan pemanjangan landasan sedia ada bagi membolehkan kapal terbang bersaiz lebih besar mendarat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

 
 

Polis tahan lelaki terlibat serangan bersenjata di Kulim


ALOR SETAR, 3 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki di Jalan Bagan, Padang Serai, Kulim, awal pagi tadi, kerana disyaki terbabit dalam serangan bersenjata mengakibatkan seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian badan.

 
 

Jakoa tubuh Pasukan Bertindak Basmi Ponteng pelajar orang asli


IPOH, 3 Dis (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Basmi Ponteng bagi membendung gejala ponteng sekolah yang kian meningkat dalam kalangan anak Orang Asli di Perak terutama membabitkan pelajar sekolah menengah (SM).

 
 

Perak sentiasa kenal pasti tanah untuk diberi kepada petani


IPOH, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri akan sentiasa mengenal pasti tanah untuk dibuka dan diberikan kepada golongan petani dan pekebun kecil yang bergantung hidup kepada hasil pertanian kontan mereka.

 
 

Perak peruntuk RM1.5 juta untuk 41 PPDK


IPOH, 2 Dis (Bernama) – Kerajaan negeri Perak menyediakan peruntukan khas sebanyak RM1.5 juta kepada 41 Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di negeri ini dalam Belanjawan Perak 2019.

 
 

Island Medical City bakal jadi hub perubatan pertama di Malaysia


GEORGE TOWN, 2 Dis (Bernama) - Island Medical City (IMC) di Lebuh Raya Peel dan Jalan Pierce di sini bakal menjadi hub perubatan pertama di Malaysia, lengkap dengan peralatan perubatan yang canggih dan kemudahan penjagaan tertiari terbesar dan tercanggih di Pulau Pinang.

 
 

Jawatankuasa khas bincang isu penjaja di Kedah ditubuhkan


ALOR SETAR, 2 Dis (Bernama) – Kerajaan Kedah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membincangkan isu-isu berkaitan penjaja kecil agar tiada lagi peniaga yang menjadi ‘penjaja haram’ di negeri ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 -


 
 
     
   
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel