Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cuaca Panas: Haiwan pun cari tempat sejuk di Pulau Pinang

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

GEORGE TOWN, 21 Mac (Bernama) -- Cuaca panas melampau terus memberi kesan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga haiwan apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima banyak panggilan kecemasan untuk bantuan menangkap binatang liar yang berteduh dalam premis atau kediaman.

Pengarah JBPM Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata panggilan kecemasan yang diterima itu adalah untuk bantuan menangkap binatang liar termasuk ular, monyet, biawak dan musang yang mencari premis atau rumah orang sebagai tempat berteduh daripada cuaca panas.....

[ berita penuh ]

 

Warga emas antara enam ditahan AADK di Yan


ALOR SETAR, 21 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas adalah antara enam individu yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan menerusi Op Aduan yang dijalankan di enam kampung di sekitar daerah Yan, semalam.

 
 

Exco Pulau Pinang tertarik profesionalisme kerajaan New Zealand tangani situasi pasca insiden


GEORGE TOWN, 21 Mac (Bernama) – Kerajaan New Zealand dan agensi-agensinya telah menangani situasi pasca insiden serangan di dua masjid di Christchurch secara profesionalisme, kata anggota Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh yang baru kembali dari New Zealand.

 
 

Jenazah remaja Malaysia dikebumikan di New Zealand


GEORGE TOWN, 21 Mac (Bernama) -- Jenazah Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, remaja berumur 17 tahun dari Kedah yang menemui ajal dalam kejadian tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas, dikebumikan di Bromley Memorial Park Cemetery di bandar yang sama hari ini.

 
 

Sesi temuduga terbuka projek WCE bermula esok


IPOH, 21 Mac (Bernama) -- Orang ramai dipelawa untuk menghadiri sesi temuduga terbuka pelbagai jawatan yang ditawarkan untuk projek pembinaan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) merentasi Selangor dan Perak.

 
 

Peja tidak lepas jawatan MB Perak


IPOH, 21 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak akan melepaskan jawatan beliau walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan dan tekanan.

 
 

Perak yakin Persekutuan tidak tolak cadangan bina lapangan terbang baharu


IPOH, 21 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin kerajaan Persekutuan tidak akan menolak cadangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang baharu bertaraf antarabangsa.

 
 

Hassan Embong dilantik Panglima 30 Briged Infantri Malaysia yang baharu


PADANG BESAR, 21 Mac (Bernama) -- Brig-Jen Hassan Embong, 52, dilantik sebagai Panglima 30 Briged Infantri Malaysia ke-10 menggantikan Brig-Jen Hashim Aman Shah yang ditukarkan ke Bahagian Operasi dan Latihan (OPLAT) Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Kuala Lumpur.

 
 

Pesawat SU-30MKM, F/A-18D Hornet tiba di Langkawi hari ini


LANGKAWI, 21 Mac (Bernama) -- Kehangatan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) mula dirasai dengan kehadiran pesawat yang terlibat pada acara dwitahunan itu.

 
 

Perak batal lesen perniagaan UUK Tred 2017 untuk ringankan beban peniaga


IPOH, 21 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak membatalkan kadar bayaran lesen perniagaan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Tred Perniagaan dan Perindustrian 2017 (UUK Tred 2017) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu berkuatkuasa serta merta sebagai usaha meringankan beban golongan peniaga.

 
 

Kakitangan MAHB selamat dikebumikan di Batu Gajah


BATU GAJAH, 20 Mac (Bernama) -- Kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Belengkor di sini hari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 -


 
 
     
   
 

Sultan Kedah berkenan berangkat majlis berbuka puasa RAMD

 
     

PLUS nasihat pengguna l/raya terutama motosikal jangan guna lorong kecemasan

 
     

Warga emas Darul Hanan teruja dapat rasai bubur lambuk resepi istana

 
     

Sindiket pemerdagangan manusia tumpas, enam termasuk tiga anggota polis ditahan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel