Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP rampas 513 tong LPG disimpan melebihi stok dibenarkan

NIBONG TEBAL, 31 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Seberang Perai Tengah, merampas 513 unit tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM57,304 dari sebuah premis penyimpanan bahan itu di sini kerana menyimpan melebihi had stok yang dibenarkan.

Ketua pegawai penguatkuasanya, Mohd Suffian Mohd Abass berkata seorang lelaki berumur 32 tahun yang merupakan pengurus syarikat tersebut turut ditahan semasa premis itu diserbu pukul 11.15 pagi tadi.??????

"Pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan telah melanggar syarat yang diberikan dengan menyimpan stok melebihi kebenaran lesen kerana ia hanya mempunyai lesen borong dengan had simpanan semasa 2,000 kilogram (kg) dan lesen runcit 1,000kg.....

[ berita penuh ]

 

Wanita warga China rugi RM38,000 ditipu sindiket tukaran mata wang


KEPALA BATAS, 31 Jan (Bernama) -- Seorang suri rumah warga China kerugian sebanyak RM38,000 selepas ditipu oleh seorang individu yang mendakwa dapat memberikan kadar tukaran mata wang yang lebih tinggi kepadanya

 
 

Lapan lelaki geng pecah premis perniagaan ditahan


BUKIT MERTAJAM, 31 Jan (Bernama) -- Lapan lelaki termasuk seorang warga emas yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah premis perniagaan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, ditahan awal pagi semalam.

 
 

Wartawan kecewa tidak dinamakan pertama bongkar isu Wang Kelian


GEORGE TOWN, 31 Jan (Bernama) -- Seorang wartawan yang pernah memenangi anugerah berprestij, hari ini melahirkan kekecewaan kerana tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya kerana membongkar isu kem tahanan pemerdagangan manusia dan penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis.

 
 

Polis Kedah keluar 761 saman Op Selamat Tahun Baharu Cina


ALOR SETAR, 31 Jan (Bernama) -- Sebanyak 761 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga hari Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina yang dilaksanakan di negeri ini, bermula Selasa lalu.

 
 

Polis tahan bekas komando tentera terlibat beberapa kes samun


SUNGAI PETANI, 31 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang bekas komando tentera yang disyaki terlibat dalam beberapa jenayah samun di sekitar daerah Kuala Muda dan beberapa daerah lain di Kedah sejak awal tahun ini.

 
 

Polis tahan lima remaja dan seorang dalang kumpulan pecah rumah dan curi motosikal


KEPALA BATAS, 31 Jan (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun adalah di antara enam lelaki yang ditahan polis kerana disyaki menjadi anggota Geng SYM Jajar, kumpulan pecah rumah dan mencuri motosikal yang terlibat dalam lebih 50 kes di Seberang Perai Utara (SPU).

 
 

Tahun Baharu Cina: 260 anggota KPDNHEP Perak pantau harga


IPOH, 31 Jan (Bernama) – Seramai 260 pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak ditempatkan di kawasan tumpuan sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 bermula semalam sehingga 8 Feb ini.

 
 

Polis tingkatkan rondaan semasa cuti TBC


LANGKAWI, 31 Jan (Bernama) -- Polis akan meningkatkan rondaan di kawasan yang kerap berlaku jenayah sempena cuti Tahun Baharu Cina bagi mengurangkan kejadian jenayah, kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim.

 
 

Pelajar hidap kanser limfoma ditawar kerjakan umrah


ALOR SETAR, 31 Jan (Bernama) -- Seorang pelajar tingkatan lima yang menghidap kanser darah jenis limfoma tidak menyangka apabila terpilih mengerjakan umrah di tanah suci Mekah yang ditaja sepenuhnya oleh pertubuhan bukan kerajaan Cancers Survivor Malaysia (CSM). 

 
 

Tidak pamerkan harga, 28 peniaga Pulau Pinang dikompaun RM2,000


GEORGE TOWN, 31 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengeluarkan kompaun keseluruhannya berjumlah RM2,000 terhadap 28 orang peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga pada jualan mereka sepanjang Januari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 -


 
 
     
   
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel