Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan penagih sedang berpesta dadah

BUKIT MERTAJAM, 16 Sept (Bernama) -- seramai 16 penagih dadah termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sejak Jumaat hingga semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP NiK Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata semua penagih dadah berusia antara 17 hingga 46 tahun itu ditahan di lokasi mereka selalu menghisap dadah termasuk enam yang sedang berpesta dadah di sebuah rumah di Kota Permai, di sini

"Enam termasuk seorang wanita itu ditahan dalam serbuan pukul 1.45 tengah hari Jumaat di sebuah rumah di Kota Permai, mereka menjadikan kediaman itu sebagai lokasi berpesta dadah dan polis turut merampas 10 paket methamphetamine, pil eramin 5 dan botol kaca untuk menghisap dadah

"Semua dadah itu bernilai RM2,000 dan siasatan juga mendapati seorang daripada yang ditahan itu merupakan pengedar dadah serta mengaku terlibat dalam 47 kes samun, pecah rumah dan curi motosikal," katanya di sini hari ini

Beliau berkata ujian air kencing mendapati semua 16 penagih dadah itu positif dan semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.....

[ berita penuh ]

 

35 PATI ditahan di George Town


GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan seramai 35 pendatang asing tanpa  izin (PATI) termasuk 11 wanita dalam Ops Ikrar (Mega 3.0) di sekitar Jelutong, Tanjung Tokong dan George Town, semalam.

 
 

Remaja pukul bapa OKU kerana televisyen ditahan


BUKIT MERTAJAM, 16 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang remaja lelaki kerana memukul bapanya menggunakan kayu hoki sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Permatang Pauh di sini Jumaat lepas.

 
 

JAIPK perkenal e-jodoh bantu cari pasangan hidup


IPOH, 16 Sept (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan memperkenalkan laman sesawang e-jodoh untuk membantu individu yang sukar bertemu jodoh mendapatkan pasangan.

 
 

Lapan bayi Hari Malaysia terima hadiah istimewa


GEORGE TOWN, 16 Sept  (Bernama)-- Lapan bayi menerima hadiah berupa wang tunai dan pembukaan akaun simpanan percuma sempena dilahirkan pada Hari Malaysia.

 
 

Pemanah Pahang perbaharui rekod Sukma acara 90m Compound Lelaki


SERI ISKANDAR, 16 Sept (Bernama) — Pemanah Muhammad Fahrur Rosi Choiril Anuar menceriakan kem Pahang dengan meraih emas pertama dan turut memperbaharui rekod Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 bagi acara memanah 90 meter compound lelaki.

 
 

Persembahan menarik meriahkan sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM, 16 Sept (Bernama) -- Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri menyaksikan pelbagai persembahan menarik melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah serta kakitangan daripada agensi jabatan kerajaan negeri.

 
 

30 pasangan dirai dalam Majlis Nikah Jamaie Syarie di Perak


IPOH, 16 Sept (Bernama) -- Seramai 30 pasangan pengantin selamat diijabkabulkan secara beramai-ramai dalam Program Majlis Nikah Jamaie Syarie peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Raja Musa Mahadi di sini, hari ini.

 
 

Lelaki tempatan ditahan cuba seludup PATI di Bukit Kayu Hitam


BUKIT KAYU HITAM, 16 Sept (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu (6 RAMD) mematahkan cubaan membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan penangkapan seorang lelaki tempatan berhampiran Pos 2 di sini, hari ini.

 
 

Kerjaya penghibur bukanlah tugasan mudah


GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) -- Ketika kru sedang menyediakan pentas untuk persembahan seterusnya, penghibur atau badut yang berada di atas pentas sentiasa setia menghiburkan penonton pada waktu senggang itu bagi memastikan suasana kekal ceria.

 
 

Dua lelaki cedera ditetak


ALOR SETAR, 15 Sept (Bernama) -- Dua lelaki ditetak bertalu-talu oleh sekumpulan tiga lelaki selepas dipercayai enggan terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Jalan Sejati, Sungai Petani dekat sini, Khamis lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 -


 
 
     
   
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel