Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Baik pulih SMJK Keat Hwa dimulakan dua minggu lagi

ALOR SETAR, 24 Sept (Bernama) -- Kerja membaik pulih lima blok bangunan tiga dan dua tingkat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, di sini yang rosak dibadai ribut pagi tadi akan bermula dua minggu lagi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, tempoh itu diambil bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dan penilaian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat dilakukan

Katanya,  sebanyak RM600,000 diperuntukkan Kementerian Pendidikan untuk kerja-kerja baik pulih bumbung blok bangunan tersebut.   

“Kita juga perlu kerjasama dari pihak sekolah untuk menempatkan pelajar terbabit ke dewan sekolah serta ke tempat lebih selamat kerana bangunan yang kena ribut itu sudah tidak selamat digunakan lagi,” katanya kepada pemberita dalam lawatan kerja ke sekolah itu di sini, petang tadi.....

[ berita penuh ]

 

Siasatan terhadap Rosmah Mansor selesai, terpulang kepada Peguam Negara


ARAU, 24 Sept (Bernama) – Siasatan terhadap isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor telah siap dan telah diserahkan kepada Peguam Negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

 
 

Negara perlu IPT yang fleksibel bagi mengharungi cabaran


NIBONG TEBAL, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia memerlukan institusi pengajian tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu agar tidak jauh ketinggalan dalam persaingan di peringkat global.

 
 

Pembinaan RPT Perwira di Perak diteruskan


GOPENG, 24 Sept (Bernama) – Pembinaan 7,000 unit Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Perwira untuk bekas anggota tentera di Perak akan diteruskan dengan mengubah reka bentuk daripada kediaman bertanah kepada rumah berstrata.

 
 

Hospital Taiping minta waris tuntut mayat wanita


TAIPING, 24 Sept (Bernama) -- Hospital Taiping di sini mencari waris seorang wanita yang meninggal dunia sejak lebih dua bulan lalu. 

 
 

Bumbung sekolah tercabut dibadai ribut, lima pelajar cedera


ALOR SETAR, 24 Sept (Bernama) -- Kira-kira 2,000 pelajar termasuk lebih 100 guru dan kakitangan sebuah sekolah menengah di sini panik apabila sekolah tersebut dibadai ribut dalam kejadian 7.15 pagi tadi.

 
 

Darul Qiyyam Mall perlu setanding Padang Besar di Perlis


BUKIT KAYU HITAM, 23 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah meminta Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) menyegerakan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong membeli-belah di kompleks Darul Qiyyam Mall, di sini.

 
 

Keracunan Arak: Kerajaan Perak bincang dengan pihak berkuasa


LUMUT, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa bagi menangani kes keracunan alkohol di Perak, kata Menteri Besarnya Ahmad Faizal Azumu.

 
 

Ipoh bakal jadi Bandaraya Sukan - MB Perak


IPOH, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan Perak berhasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Sukan bagi memastikan kemudahan dan infrastruktur sukan yang dibina sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 tidak terabai.

 
 

Kompleks Darul Qiyyam Mall Bukit Kayu Hitam suram


BUKIT KAYU HITAM, 22 Sept (Bernama) -- Kira-kira 20 peniaga di Darul Qiyyam Mall di sini memohon kerajaan memberi tumpuan khusus mempromosikan kompleks perniagaan itu agar dikenali dan menjadi pusat perhentian kepada pelancong yang keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand.

 
 

Pekerja sub kontrak TNB melecur kotak fius meletup


Menurut pihak pengurusan pangsapuri itu, mereka terdengar bunyi letupan di pencawang TNB kediaman berkenaan dan apabila diperiksa mereka melihat seorang lelaki dalam keadaan badan berasap sedang menanggalkan helmet serta pakaian kerana terbakar.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 -


 
 
     
   
 

Lihat mesej Himpunan Solidariti, bukan jumlah peserta - Mujahid

 
     

Kerabat Diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian

 
     

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel