Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis klasifikasi kes dua beranak sebagai mati mengejut

SEREMBAN, 6 Feb (Bernama) -- Polis mengklasifikasikan kes dua beranak yang ditemui mati di sebuah rumah di Taman Chip Aik, di sini, Isnin lepas sebagai kes kematian mengejut. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Rosli Ishak berkata pemeriksaan ke atas tubuh  kedua-dua mereka yang dijalankan Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan pergelutan.

“Malah pemeriksaan terhadap rumah teres satu tingkat yang didiami dua beranak berkenaan mendapati  tiada kesan geledah dan barang-barang milik mereka juga tiada yang hilang.....

[ berita penuh ]

 

Kapal Republik Togo ditahan korek pasir haram


PELABUHAN KLANG, 4 Feb (Bernama) -- Sebuah kapal korek yang berdaftar di Republik Togo, Afrika Barat ditahan pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang ketika melakukan aktiviti mengorek dan mengambil pasir tanpa permit di perairan Tanjung Rhu, Telok Panglima Garang, Selangor dalam satu operasi,Sabtu lepas.

 
 

Wartawan wanita disamun, kereta dan telefon bimbit dilarikan


KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Seorang wartawan wanita akhbar berbahasa Cina berputih mata selepas kereta Perodua Myvi dan telefon bimbitnya dilarikan dalam kejadian samun bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Seksyen 17 Damansara, Petaling Jaya, di sini tengah malam tadi.

 
 

Curi topi, lelaki dipenjara dua hari, denda RM1,400


KUALA LUMPUR,  4 Feb  (Bernama) -- Akibat  mencuri sehelai topi berharga RM19, seorang  penganggur dihukum penjara dua hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

 
 

Penganggur dipenjara tiga bulan, denda RM300 curi tiga gulung wayar kabel


KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri tiga gulung wayar kabel berharga  RM300 milik sebuah syarikat, Sabtu lepas.

 
 

Kemenangan Skuad Rusa ke atas Sarawak satu permulaan yang baik


SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Ketua Jurulatih Skuad Rusa Mohd Zan Mat Aris menyifatkan kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Sarawak dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman di sini malam tadi sebagai satu permulaan yang baik.

 
 

Skim Kawalan Harga: KPDNHEP Negeri Sembilan rekod 22 kesalahan


SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Sebanyak 22 kesalahan direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan dalam pemeriksaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 setakat ini.

 
 

Kerajaan sedia kaji cadangan wujudkan undang-undang lindungi ibu bapa diabaikan


SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Kerajaan sedia mengkaji cadangan untuk wujudkan undang-undang bagi melindungi ibu bapa yang diabaikan anak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

 
 

Tiada aduan kenaikan harga pada Program Jualan Jimat Belanja Negeri Sembilan


SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) --Tiada aduan kenaikan harga barangan selama empat hari program jualan jimat belanja sempena Tahun Baharu Cina dilaksanakan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon.

 
 

200 gerai Uptown Puchong Permai terbakar, kerugian dianggar RM1 juta


PUCHONG, 2 Feb (Bernama) -- Kira-kira 200 lot kedai bazar larut malam “uptown” Puchong Permai, di Jalan Puchong Permai di sini  musnah dalam satu kebakaran pagi tadi dengan nilai kerugian dianggar mencecah RM1 juta.

 
 

Polis siasat motif pelancong Finland elak dirakam CCTV


ROMPIN, 2 Feb (Bernama) -- Tindakan pelancong Finland yang hilang di Pulau Tioman sejak 22 Jan lalu mengelak daripada dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di pulau peranginan berkenaan menimbulkan tanda tanya dan polis kini menyiasat motif sebenar lelaki tersebut berbuat demikian.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel