Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dik Wan sedia berkorban masa jalani latihan lebih padat - R. Jeganathan

SEPANG, 7 Feb (Bernama) -- Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi sedia berkorban dengan jadual latihan yang lebih padat menjelang Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun. 

Ketua Jurulatih Olahraga Paralimpik negara, R Jeganathan berkata Mohamad Ridzuan memerlukan latihan yang lebih padat dan berterusan ekoran masalah kesihatan palsi serebrum  yang dialaminya. 

Bagaimanapun, jurulatih yang sudah hampir 11 tahun melatih pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil itu berkata Mohamad Ridzuan faham mengenai keadaan kesihatannya yang memerlukan latihan pergerakan berterusan. 

“Masalah Celebral Palsy (palsi serebrum) yang ramai orang tidak tahu adalah semakin mereka meningkat usia, otot  dan tendon mereka semakin menegang. Mereka kena sentiasa buat latihan, tidak boleh rehat lama. Paling lama pun dua ke tiga hari sahaja. 

Saya sudah bagi tahu kepadanya, bulan puasa pun kena buat latihan pagi dan petang, raya hanya cuti dua hari dan seperti biasa, Dik Wan patuh dan sedia memberi sepenuh komitmen kepada latihan,” katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, dari Dubai. 

R Jeganathan mengakui Mohamad Ridzuan adalah seorang atlet yang sangat berdisiplin dan senang menerima arahan walaupun ada kelemahan tertentu. 

Ditanya mengenai sasarannya buat Mohamad Ridzuan pada Sukan Paralimpik Tokyo nanti, R Jeganathan berkata beliau akan membantu atlet itu mempertahankan gelarannya nantinya. 

“Beliau sudah menjalankan tugasnya untuk layak ke Sukan Paralimpik Tokyo, jadi sekarang menjadi tugas saya untuk pastikan dia pertahankan pingat emas nanti. Sasaran bukan hanya diletakkan kepadanya sahaja, tapi secara peribadi saya menyasarkan lebih pingat di Tokyo berbanding di Rio de Janeiro iaitu empat pingat,” katanya. 

Untuk rekod, Malaysia memperoleh keputusan terbaik di Rio de Janeiro dengan meraih tiga pingat emas dan satu pingat gangsa. 

Tiga pingat emas itu diraih melalui Mohamad Ridzuan dalam acara 100m T36 lelaki (palsi serebrum), Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dan Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) manakala pingat gangsa dihadiahkan oleh Siti Noor Radiah Ismail menerusi acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran). 

-- BERNAMA 

 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Ceroboh dan potong kabel TNB, dua rakan dipenjara 10 bulan


PETALING JAYA, 7 Feb (Bernama) -- Dua rakan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan masing-masing oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh dan memotong kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah kilang besi, Jumaat lalu.

 
 

Maxvue sasar perkukuh kedudukan di rantau Afrika


Oleh Amanina Mohamad Yusof

SEREMBAN, 7 Feb (Bernama) – Pengeluar kanta lekap Maxvue Vision Sdn Bhd menyasar untuk memperkukuh kedudukannya di Afrika tahun ini di samping menambah baik kehadiran jenama itu di pasaran tempatan.

 
 

Peruntukan kepada sekolah ikut keperluan, bukan perkauman - Aminuddin


SEREMBAN, 6 Feb (Bernama) -- Sebarang pemberian peruntukan untuk semua sekolah di Negeri Sembilan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan bukannya mengikut sentimen perkauman.

 
 

Polis klasifikasi kes dua beranak sebagai mati mengejut


SEREMBAN, 6 Feb (Bernama) -- Polis mengklasifikasikan kes dua beranak yang ditemui mati di sebuah rumah di Taman Chip Aik, di sini, Isnin lepas sebagai kes kematian mengejut. 

 
 

Kapal Republik Togo ditahan korek pasir haram


PELABUHAN KLANG, 4 Feb (Bernama) -- Sebuah kapal korek yang berdaftar di Republik Togo, Afrika Barat ditahan pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang ketika melakukan aktiviti mengorek dan mengambil pasir tanpa permit di perairan Tanjung Rhu, Telok Panglima Garang, Selangor dalam satu operasi,Sabtu lepas.

 
 

Wartawan wanita disamun, kereta dan telefon bimbit dilarikan


KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Seorang wartawan wanita akhbar berbahasa Cina berputih mata selepas kereta Perodua Myvi dan telefon bimbitnya dilarikan dalam kejadian samun bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Seksyen 17 Damansara, Petaling Jaya, di sini tengah malam tadi.

 
 

Curi topi, lelaki dipenjara dua hari, denda RM1,400


KUALA LUMPUR,  4 Feb  (Bernama) -- Akibat  mencuri sehelai topi berharga RM19, seorang  penganggur dihukum penjara dua hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

 
 

Penganggur dipenjara tiga bulan, denda RM300 curi tiga gulung wayar kabel


KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri tiga gulung wayar kabel berharga  RM300 milik sebuah syarikat, Sabtu lepas.

 
 

Kemenangan Skuad Rusa ke atas Sarawak satu permulaan yang baik


SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Ketua Jurulatih Skuad Rusa Mohd Zan Mat Aris menyifatkan kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Sarawak dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman di sini malam tadi sebagai satu permulaan yang baik.

 
 

Skim Kawalan Harga: KPDNHEP Negeri Sembilan rekod 22 kesalahan


SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Sebanyak 22 kesalahan direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan dalam pemeriksaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 setakat ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 -


 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel