Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Iftar @ Kuala Lumpur 2019 sasar  90,000 pengunjung - JKKN

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Program berbuka puasa beramai-ramai, Iftar @ Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka yang bermula hari ini, menyasarkan kira-kira 90,000 warga kota termasuk pelancong asing tahun ini. 

Pengarah program Iftar @ Kuala Lumpur 2019, Rosnan Nordin berkata pelaksanaan program itu telah mencatat seramai 66,839 pengunjung tahun lepas termasuk 6,882 pelancong asing yang turut sama dalam acara berkenaan. 

“Tahun ini, kami optimis untuk mencapai sasaran 90,000 pengunjung melebihi tahun lepas kerana kebetulan Bazar Ramadan diadakan di sekitar Jalan Raja yang dapat menarik lebih ramai pengunjung datang untuk berbuka puasa beramai-ramai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya terdapat 15 aktiviti dilaksanakan dengan penyertaan lebih 200 sukarelawan pada Iftar@Kuala Lumpur 2019 antaranya Tadarus al-Quran, Klinik Tahsin al-Quran, jualan melalui trak makanan, Bicara Ramadan, Pameran Pelancongan Islam dan Konsert Ramadan.....

[ berita penuh ]

 

Inisiatif kemakmuran bersama seiring aspirasi pengilang -- FMM


Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) hari ini menyuarakan sokongan terhadap pendekatan kerajaan berteraskan Kemakmuran Bersama yang disifatkan seiring dengan aspirasi badan itu bagi meningkatkan sektor tersebut serta transformasi teknologinya.

 
 

Kerana sembunyikan dadah dalam dubur, lelaki nekad terjun dari tingkat dua bangunan


Seorang lelaki yang  nekad terjun dari tingkat dua sebuah premis di Lorong Haji Taib 1 di sini semalam ditahan kerana didapati menyembunyikan sejumlah dadah dalam duburnya.

 
 

Peniaga Bazar Ramadan Danau Kota perlu pohon lesen 'online'


Peniaga-peniaga Bazar Ramadan Danau Kota dibenarkan beroperasi tahun ini namun dengan syarat membuat permohonan 'online' atau secara dalam talian tanpa melibatkan pihak ketiga, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. 

 
 

KPKT wujudkan akademi IBS untuk golongan muda


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, akan mewujudkan akademi Sistem Binaan Berindustri (IBS) sebagai usaha untuk memberi peluang kepada golongan muda mempelajari teknik pembinaan rumah berteknologi tinggi.

 
 

Kerajaan Selangor akan tuntut kos ganti rugi akibat paip pecah


SHAH ALAM, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan menuntut kos ganti rugi daripada pemaju projek pembinaan Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping, susulan kejadian tiga paip utama pecah di kawasan itu yang mengakibatkan gangguan bekalan air di Klang sejak 4 Mei lepas.

 
 

200 keluarga golongan asnaf terima sumbangan AIBIM, ABIM


REMBAU, 11 Mei (Bernama) -- Seramai 200 keluarga daripada golongan asnaf di daerah Rembau hari ini menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian menerusi program ‘Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)’ anjuran Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

 
 

Lapan sekolah Parlimen Rasah terima peruntukan pembangunan, pendidikan


Lapan sekolah di sekitar Parlimen Rasah menerima peruntukan Anggota Parlimen Rasah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM24,000, bagi tujuan pembangunan dan pendidikan di sekolah berkenaan.

 
 

Tapak pelupusan haram buangan klinikal dilakukan pemandu lori urus sisa


Penemuan tapak pelupusan haram buangan klinikal di Jalan Seremban-Tampin baru-baru ini, merupakan sisa buangan yang telah dibuang oleh pemandu lori syarikat berlesen bagi menguruskan buangan klinikal yang telah dilantik pihak hospital.

 
 

Kerajaan akan tubuhkan agensi kanak-kanak - Hannah Yeoh


Kerajaan bercadang menubuhkan agensi kanak-kanak untuk melihat isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

 
 

Pesawat KLM bawa 8,000 tulip bagi kutipan amal


SEPANG, 11 Mei (Bernama) -- Syarikat penerbangan nasional Belanda, KLM Royal Dutch Airlines, hari ini menerbangkan sebanyak 8,000 kuntum bunga tulip dari negara itu dalam usaha mengutip dana bagi tujuan penjagaan paliatif pihak Hospis Malaysia.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel