Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOM tidak terima aduan berhubung pemilihan atlet luncur ais

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menerima sebarang aduan berhubung proses pemilihan atlet luncur ais yang bakal mewakili negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina pada November ini. 

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib berikutan media tempatan sebelum ini melaporkan pasukan atlet luncur ais lelaki negara yang meraih lima pingat emas dan tiga gangsa pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 mendakwa mereka disingkir daripada skuad negara oleh Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF).

Sementara itu, Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menegaskan sebarang proses pemilihan atlet di peringkat persatuan harus melibatkan semua atlet yang layak dan persatuan perlu memperincikan proses pemilihan tersebut. 

"Apa sahaja perkara berkaitan dengan pemilihan di peringkat persatuan mesti merupakan proses pemilihan komprehensif melibatkan semua atlet yang mereka rasa layak. Kita tidak mahu orang mempertikaikan integriti pemilihan di peringkat mereka (persatuan). 

"Kalau ada aduan ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pemilihan. Kita akan pertimbangkan dan saya mahu persatuan supaya dapat memperincikan macam mana mereka lakukan pemilihan tersebut," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan SEA ke-30. 

Mohamad Norza berkata pihaknya menetapkan tempoh 12 bulan, sehingga Jun ini, untuk persatuan mengenal pasti atlet yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Filipina berdasarkan kepada pencapaian mereka. 

Untuk rekod, atlet luncur ais tersebut sebelum ini di bawah naungan Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) dan selepas pendaftaran persatuan itu dibatalkan oleh Pesuruhjaya Sukan pada Mei tahun lalu, MISF ditubuh dan diiktiraf pada Disember lalu sebagai badan induk baharu sukan berkenaan.....

[ berita penuh ]

 

FID boleh bantah cadangan sambungan pinjaman KWAP


Seorang saksi dalam perbicaraan kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Jabatan Pendapatan Tetap (FID) Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) boleh membantah cadangan untuk menyambung sebarang pinjaman dari dananya.

 
 

Pertumbuhan infrastruktur memacu pelancongan domestik - Maybank Kim Eng.


Pembangunan infrastruktur yang pantas bernilai jutaan ringgit di negara ini akan menjadi pemangkin untuk pelancongan domestik, menurut Maybank Kim Eng.

 
 

Yayasan Hasanah terus labur untuk tingkat potensi manusia, kesejahteraan sosial


Yayasan Hasanah, sebuah yayasan tanggungjawab korporat Khazanah Nasional Bhd, akan terus melabur dalam membangunkan potensi manusia dan meningkatkan kesejahteraan sosial sebagai sebahagian daripada objektif jangka panjangnya untuk memacu perubahan positif masyarakat Malaysia.

 
 

Pertukaran tanah Kementerian Pertahanan: Tiada sesiapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang - Dr Mahathir


PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata polis akan menyiasat sesiapa juga, termasuk perdana menteri, mengenai keterlibatan mereka dalan urusan pertukaran tanah milik Kementerian Pertahanan.

 
 

Inkues Adib: akan ada dua kematian jika Adib ditarik keluar dari van EMRS


Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini diberitahu akan berlaku dua kematian sekiranya anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ditarik keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)  dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, November tahun lepas.

 
 

Hindraf mahu perlindungan tambahan bagi Waytha Moorthy


Hindraf menghargai kejayaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mematahkan serangan pengganas dan pembunuhan baru-baru ini, namun pada masa yang sama ia juga mahu Ketua Polis Negara (KPN) memberi pertimbangan menyediakan perlindungan keselamatan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

 
 

Pertumbuhan KDNK sederhana kepada 4.3 peratus pada suku pertama - MIDF Research


MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku pertama 2019 sebanyak 4.3 peratus berikutan aktiviti ekonomi yang dijangka terus berkembang pada kadar sederhana, dengan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan dan prestasi perdagangan luaran yang kurang memberangsangkan.

 
 

Sime Darby Plantation di kedudukan utama kajian perniagaan ASEAN


Kajian usaha sama antara ASEAN CSR Network dan Institute of Human Rights and Peace Studies, Mahidol University mendapati Sime Darby Plantation Bhd (SDP) berada pada kedudukan utama bagi agenda perniagaan dan hak asasi ASEAN. 

 
 

Empat anggota Geng Ah Chin ditahan, dadah lebih RM400,000 dirampas


Seorang wanita antara empat anggota `Geng Ah Chin' yang ditahan di sekitar ibu negara disyaki aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah dalam operasi selama dua hari bermula Khamis lepas.

 
 

Skuad gimrama sasar lima emas di Sukan Sea Filipina


Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) yakin atlet gimrama mampu mencapai sasaran lima emas yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) pada Sukan SEA di Filipina, November ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel