Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sekolah Ibrahim Sungai Petani rai kegemilangan 100 tahun penubuhan

Oleh Shanika Abdullatib

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim School yang terletak di Jalan Kolam Ayer, Sungai Petani, Kedah yang bakal berusia 100 tahun pada Ogos ini telah melahirkan ramai nama tersohor dalam pelbagai bidang di negara ini. 

Selain melahirkan dua menteri besar Kedah - Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Syed Nahar Syed Shahabudin - sekolah Inggeris pertama di Kedah itu mencatatkan satu rekod yang sukar dicabar dengan melahirkan lapan orang naib canselor institusi pangajian tinggi.   

Bagi Profesor Emeritus Datuk Ir Dr Md Noor Salleh, bekas pelajar sekolah itu, selain tokoh-tokoh itu dua ‘figura' - Ah Tat dan Keluarga Augustin - sentiasa menjadi sebutan apabila bercerita mengenai sejarah panjang Ibrahim School yang didirikan pada 1919 semasa zaman penjajahan British di negara ini. 

Md Noor, anak jati Kedah itu yang kini berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Sivil di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) menjelaskan pada ketika itu penghuni asrama Ibrahim School dijaga oleh Ah Tat walaupun sekolah itu dibiayai oleh kerajaan British serta ibu bapa pelajar. 

"Saya percaya rata-rata alumni tidak akan lupa dengan Ah Tat, penjaga asrama dan peniaga di kantin sekolah ini. Saya sendiri tinggal di asrama selama enam tahun, sejak bersekolah di situ dari 1959 hingga 1964. 

"Ah Tat ini, dia jaga makan minum pelajar yang tinggal di asrama. Secara tak langsung, pelajar dan Ah Tat agak rapat. Jadi, sikap nakal dan rahsia pelajar terutama apabila kami tinggal bersebelahan asrama The Gurkha Boys, memang banyak yang dia tahu," katanya.  

Bagi keluarga Augustin pula, Md Noor yang juga Pengerusi Persatuan Alumni Ibrahim School berkata, keluarga ini memang 'digeruni' dalam bidang sukan memandangkan mereka adalah tulang belakang pasukan kriket dan hoki sekolah berkenaan. 

"Keluarga Datuk James Frederick Augustin ini memang terkenal sebab 11 anaknya terlibat dalam sukan terutama kriket dan hoki. Bukan sekali, jika tak cukup pemain, kesemua anaknya atau lebih terkenal dengan gelaran 'The Augustin Clan'  akan turun padang main kriket atau hoki bagi mewakili sekolah atau daerah," katanya. 

Lebih menarik, pasukan The Augustine Cricket XI mencipta sejarah apabila nama mereka dipahat dalam Book of Wisden, naskhah yang dianggap oleh komuniti kriket antarabangsa sebagai rujukan utama, termasuk menjadi pasukan keluarga kriket pertama malah tertua di Pulau Pinang. 

Dengan sejarah 100 tahun penubuhan sekolah itu yang diasaskan oleh Syed Jan Al-Jafree (1919-1946) dan kini Ideris Abd Rahim selaku pengetua sejak Feb 2016, Md Noor mengakui sekolah itu tidak pernah lelah dalam melahirkan figura dan tokoh terkemuka di negara ini. 

Ini termasuklah 'melahirkan' lapan naib canselor yang menabur bakti di universiti terkemuka di Malaysia, antaranya Professor Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon (Universiti Malaya), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa (UPSI), Prof Dr Abdul Razak Habib (UNITAR), Prof Dr. Premkumar Rajagopal (MUST), Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid (UIAM) dan Prof Dr Ismail Bakar (UTHM).

"Saya kira, sekolah ini adalah yang paling ramai melahirkan naib canselor di negara ini iaitu lapan orang (setakat ini) dan itu menjadi kebanggaan kami sepanjang zaman," katanya. 

Nyata, pengisytiharan Sekolah Ibrahim sebagai sekolah berusia 100 tahun di negeri Kedah oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Sabtu lepas secara langsungnya menjustifikasikan kepentingan sejarah sekolah itu kepada negara.  

Ia mulanya dikenali sebagai Government English School pada 1919 dengan tapak asalnya terletak di Pejabat Telekom, Sungai Petani sekarang. 

Sekolah itu kemudiannya dinamakan Ibrahim School pada 1936 sempena memperingati Almarhum Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Shah dan seterusnya dibahagikan kepada sekolah rendah dan menengah pada 1954. 

"Bagi alumni sekolah ini...tidak kira dari tahun bila...banyak suka dan duka kami kongsikan secara pengalaman sendiri atau secara bercerita daripada senior ke junior. Ini termasuklah semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup bagi dijadikan markas tentera Jepun, sebelum dibuka semula pada Oktober 1945 sehingga sekarang dan terus menjadi kebanggaan semua warganya,” katanya. 

Dalam meraikan ulang tahun ke-100, beberapa acara sambutan dilakukan sejak Mei hingga Ogos ini termasuk Larian 100 Tahun sejauh 5 kilometer, penulisan dan rakaman dokumentari serta majlis makan malam gala yang turut membabitkan alumni sekolah. 

-- BERNAMA

 


 

.....

[ berita penuh ]

 

Bas percuma di bandar Seremban bantu kurangkan kos perbelanjaan rakyat


SEREMBAN, 16 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan bas percuma di bandar Seremban yang telah dilaksanakan sejak 23 Mac lalu boleh mengurangkan kos perbelanjaan rakyat di negeri ini sekiranya ia dimanfaatkan sepenuhnya. 

 
 

Kp APM kecewa ibu pejabat baharu gagal beroperasi


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan ????Wahab kecewa berikutan ibu pejabat APM baharu di Sungai Merab di Kajang, yang dijadual memulakan operasi hari ini, tidak dapat digunakan kerana infrastruktur bangunan itu tidak siap sepenuhnya.

 
 

Pekerja cekap, berpengetahuan teras kejayaan institusi perbankan


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kalangan pekerja atau bakat perbankan yang berkelas dunia, cekap serta berpengetahuan akan terus menjadi teras kejayaan bank-bank yang mahu melaksanakan transformasi digital, demikian menurut Pengerusi Asian Institute of Chartered Bankers, Tan Sri Azman Hashim.

 
 

25 pemain B-15 dipilih ke China


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Seramai 25 pemain dipilih oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 15 tahun (B-15), P. Maniam bagi menyertai Kejuaraan Persatuan Bola Sepak China (CFA) B-15 yang berlangsung di Haikou City, China dari 16 hingga 23 Julai ini.

 
 

Pegawai polis mengaku tak salah peras ugut wang RM65,200 dari doktor


PETALING JAYA, 15 Julai (Bernama) -- Seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan memeras ugut seorang doktor, untuk menyerahkan wang RM65,200, empat tahun lepas.

 
 

Sisa kumbahan dipercayai punca pencemaran Sungai Kayu Ara


Air sisa kumbahan dari loji Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dipercayai menjadi punca pencemaran yang menyebabkan ratusan ikan mati di Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya dekat sini Sabtu lepas.

 
 

Mahkamah benar Najib hadir sidang Dewan Rakyat esok


Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat esok bagi menyertai perbahasan dan mengundi dalam pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan untuk menurunkan had usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

 
 

UiTM dan Bank Islam lancar Kad Debit-iĀ Alumni


Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini melancarkan ‘Kad Debit-i Alumni’ sebagai usaha untuk membantu universiti itu menjana pendapatan jangka panjang.

 
 

Penghantaran tenaga buruh Bangladesh ke Malaysia seawal bulan depan - Kula Segaran


Moratorium penghantaran tenaga pekerja dari Bangladesh ke Malaysia dijangka ditarik balik seawal bulan depan, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

 
 

Buruh binaan ditahan cabul kanak-kanak


Seorang buruh binaan warga Indonesia ditahan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka di pusat bandar Country Homes, Rawang, dekat sini, Rabu lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 - 144 - 145 - 146 - 147 - 148 - 149 - 150 - 151 - 152 - 153 - 154 - 155 - 156 - 157 - 158 - 159 - 160 - 161 - 162 - 163 - 164 - 165 - 166 - 167 - 168 - 169 - 170 - 171 - 172 - 173 - 174 - 175 - 176 -


 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel