Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KKM laksana pelbagai strategi pertingkat keselamatan pesakit

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk meningkatkan keselamatan pesakit di negara ini melalui pelbagai strategi selain terus bekerjasama erat dengan pelbagai organisasi awam, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata antara strategi KKM ialah dengan penghasilan polisi keselamatan pesakit, pembangunan persekitaran serta reka bentuk fasiliti kesihatan yang selamat, penyelidikan dan kaedah rawatan selamat. 

"Tarikh 25 Mei 2019 merupakan hari bersejarah bagi keselamatan pesakit apabila resolusi 'Tindakan Global Mengenai Keselamatan Pesakit' dipersetujui untuk diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-72 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization 72nd World Health Assembly) di Geneva, Switzerland. 

"Resolusi ini menggesa negara-negara ahli untuk menjadikan keselamatan pesakit sebagai prioriti utama kesihatan dan mengambil tindakan bersepadu bagi mengelakkan kemudaratan pesakit semasa menerima rawatan," katanya.....

[ berita penuh ]

 

Senarai 23 lebuh raya tawar diskaun tol pada hari pertama sambutan Aidilfitri


KLANG, 28 Mei (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini mengumumkan 23 lebuh raya di negara ini akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan.

 
 

Peguam Syazlin Mansor berada dalam kedudukan konflik kepentingan - Peguam Negara


KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Peguam Syazlin Mansor berada dalam kedudukan konflik kepentingan kerana beliau mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues mengenai kematian anggota bomba itu, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

 
 

Untung bersih AMMB naik 33 peratus kepada RM1.5 bilion pada tahun kewangan 2019


KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih AMMB Holdings Bhd meningkat 33 peratus kepada RM1.50 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2019 berbanding RM1.13 bilion pada tahun kewangan 2018.

 
 

Pemaju lebuh raya berdepan tindakan jika insiden di tapak projek ganggu kepentingan awam


KLANG, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pemaju lebuh raya yang didapati mengakibatkan sebarang insiden di tapak projek sehingga mengganggu kepentingan awam.

 
 

Saya jumpa pegawai khas Najib waktu malam mengenai permohonan pinjaman SRC - bekas CEO KWAP


 KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif pertama Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) berkata hari ini beliau ada menemui Pegawai Khas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel sebelah malam berhubung permohonan kemudahan pinjaman RM3.95 bilion oleh SRC International Sdn Bhd.

 
 

Ikhmas peroleh kontrak RM15.28 juta untuk projek Sekolah Tahfiz Perak


KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ikhmas Jaya Group Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya Ikhmas Jaya Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM15.28 juta untuk projek Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan daripada Wego Sinkong Construction JV Sdn Bhd.

 
 

Mohamad Sabu gesa syarikat korporat menyumbang kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera


KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menggesa lebih banyak syarikat korporat menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera. 

 
 

Agong ucap takziah kepada keluarga mendiang Khoo Kay Kim


KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sejarawan dan ahli akademik  Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia pagi tadi.

 
 

Sultan Selangor zahir rasa dukacita atas pemergian Sejarawan Negara


SHAH ALAM, 28 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan perasaan sedih dan dukacita atas berita pemergian Sejarawan Negara, Prof Emeritus Tan Sri  Dr Khoo Kay Kim pada pagi ini.

 
 

MPNF rayu kerajaan terus pertimbang duit raya untuk peneroka Felda


KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO FELDA (MPNF) Datuk Mazlan Aliman hari ini merayu agar kerajaan menimbangkan pemberian duit raya kepada golongan peneroka.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel