Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga kota digesa bekerjasama dengan MPP

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Warga kota perlu bekerjasama dengan wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) kawasan mereka bagi memantapkan kemajuan setempat seterusnya menyelesaikan aduan dengan lebih efisien. 

Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, penduduk kini tidak perlu lagi berulang alik ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengajukan permasalahan dan membuat aduan sebaliknya hanya berhubung terus dengan wakil MPP kawasan masing-masing sahaja. 

"Sejak kerajaan diambil alih oleh Pakatan Harapan, pelbagai usaha telah diambil bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk setempat terutamanya di peringkat DBKL, salah satunya iaitu menubuhkan Majlis Perwakilan Penduduk mengikut zon dan sub zon di seluruh ibu kota. 

"Selain menjimatkan masa dan tenaga penduduk, MPP turut berupaya berurusan terus dengan penduduk secara lebih dekat dan efisien kerana mereka dilantik dalam kalangan penduduk setempat yang sangat memahami keadaan kawasan masing-masing," katanya. 

Yeoh, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MPP Taman Sri Sinar dan Taman Sri Bintang di sini hari ini. 

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa MPP Taman Sri Sinar, Deric Teh Siong Lieng berkata, kesesakan lalu-lintas dan keselamatan setempat merupakan isu utama yang dihadapi penduduk dan harus diselesaikan segera. 

"Di bawah setiap kawasan perumahan di Parlimen Segambut terdapat sekurang-kurangnya dua wakil MPP yang berkhidmat untuk penduduk mereka dan saya dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan dua isu utama ini.

"Tanggungjawab kebajikan masyarakat dan penduduk setempat tidak seharusnya hanya terletak pada tugas anggota Parlimen ataupun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja, malah kami sebagai MPP juga berupaya menjadi pembantu kepada wakil rakyat bagi memahami lebih mendalam isu penduduk," katanya. 

-- BERNAMA 

.....

[ berita penuh ]

 

Adik puas hati raih emas pada Kejohanan Perak All-Comers


Kejayaan hari ini amat bermakna kerana saya berjaya mencipta rekod baharu kejohanan. Catatan 11.65 saat itu adalah catatan terbaik saya musim ini, memandangkan ini kejohanan pertama bagi musim 2019.

 
 

Lima pekerja am terpijak tumpahan merkuri di HTJ


Kita mendapati terdapat  sedikit kesan bahan tersebut di atas lantai yang disyaki dari termometer yang pecah. Bagaimanapun, kita tidak menemukan sisa-sisa termometer tersebut.

 
 

Polis tahan along disyaki buat ugutan jenayah


“Berdasarkan siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia 28 tahun, membuat pinjaman wang dengan faedah sebanyak RM14,000 daripada suspek pada tahun 2015 dan telah membayar balik sebanyak RM40,000 termasuk bunga.

 
 

Calon PH DUN Semenyih mampu interaksi dan sampaikan ceramah dengan baik


Ketika ini keadaannya adalah 60:40 dengan calon PH mendahului berdasarkan maklum balas pengundi, yang diperoleh jentera kami yang membuat panggilan telefon.

 
 

Wujudkan akta halang pelepasan ikan larangan ke sungai - Salahuddin


SERDANG, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedia meminda atau mencadangkan akta baharu bagi menghalang kegiatan melepaskan ikan daripada spesies larangan ke sungai, tasik dan lombong di seluruh negara.

 
 

Semak maklumat daftar pemilih sebelum keluar mengundi


Bagi pengundi yang baharu membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat berkenaan pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih.

 
 

Tingkat teknologi, anggota multiskill jika perlu kurangkan penjawat awam dalam Tentera Darat


PORT DICKSON, 23 Feb (Bernama) -- Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi akur sekiranya kerajaan berhasrat untuk mengurangkan penjawat awam dalam kalangan Tentera Darat Malaysia. 

 
 

Tengku Permaisuri Selangor tanam pokok bakau kurap sempena Karnival Alam Sekitar


KUALA SELANGOR, 23 Feb (Bernama) -- Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menanam pokok spesies Rhizophora mucronata atau bakau kurap sebagai simbolik Karnival Alam Sekitar dan Hari Tanah Lembap Sedunia 2019 peringkat daerah itu di Taman Alam, di sini.

 
 

PH sentiasa berusaha tunaikan janji - TPM Wan Azizah


SEMENYIH, 23 Feb (Bernama) — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berusaha untuk menunaikan setiap janji mereka meskipun berdepan dengan kekangan sejak mengambil alih pentadbiran negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 
 

EcoHill Park Taman Dalam Bandar di Semenyih


Anda kini boleh menikmati pemandangan indah sambil beriadah bersama keluarga di Setia EcoHill Park di Semenyih. Berkeluasan 11 ekar, taman yang terletak di kawasan perumahan Setia EcoHill ini berkonsepkan hijau dengan pelbagai kemudahan rekreasi

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 - 144 - 145 - 146 - 147 - 148 - 149 - 150 - 151 - 152 - 153 - 154 - 155 - 156 - 157 - 158 - 159 - 160 - 161 - 162 - 163 - 164 - 165 - 166 - 167 - 168 - 169 - 170 - 171 - 172 - 173 -


 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel