Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penduduk Kg Baru Jinjang Selatan gempar dengan pusaran angin 'pelik'

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Penduduk Kampung Baru Jinjang Selatan, di sini berdepan detik cemas semalam apabila pusaran angin 'pelik' menerbangkan bumbung tiga buah rumah dalam kejadian pada kira-kira 3 petang. 

Rata-rata penduduk terlibat yang ditemui berkata kejadian itu merupakan pengalaman pertama bagi mereka dan pusaran angin selama lima minit itu turut menerbangkan sisa-sisa bumbung ke tengah jalan. 

Menurut mangsa, Hew Kim Siong, 64, ketika kejadian beliau sedang berehat di dalam rumah sebelum terdengar bunyi kuat di atas bumbung rumahnya. 

"Ketika itu hujan turun renyai-renyai, jadi saya keluar untuk melihat keadaan dan ternampak ada 'pusaran angin' sedang bertiup dari arah bumbung belakang rumah jiran saya. 

"Saya terkejut apabila melihat bumbung jiran saya sudah 'botak' dan angin itu bertiup sekali dengan sisa-sisa bumbung ke arah rumah saya. 

"Saya segera masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri kerana bimbang sisa-sisa itu akan mencederakan saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. 

Warga emas itu berkata akibat daripada pusaran angin itu, sebahagian daripada bumbung hadapan rumahnya juga mengalami kerosakan.

"Selepas pusaran angin itu reda, saya dan jiran-jiran segera mengutip sisa-sisa bumbung yang diterbangkan ke atas jalan. 

"Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku di kawasan perumahan ini dan mujur ia tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan kerosakan kepada kenderaan penduduk," katanya. 

Sementara itu, jiran belakang Hew, Ho Fon Min, 63, berkata ketika kejadian beliau berada di luar kawasan. 

"Saya dimaklumkan oleh isteri dan anak lelaki yang berada di rumah ketika itu dan saya ingat ia hanyalah kerosakan kecil, tidak sangka struktur yang dijadikan 'stor' di belakang rumah sudah 'botak'. 

"Bumbung di bahagian dapur serta bilik tidur telah rosak akibat ditiup angin pelik itu dan ia turut menyebabkan kebocoran ketika hujan lebat malam tadi," katanya. 

Ho telah membaiki sendiri sebahagian kecil daripada bumbung rumahnya pagi tadi namun kerosakan pada stor di belakang rumahnya agak besar dengan kos untuk membaikinya dianggarkan kira-kira RM20,000. 

Sementara itu, Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng turut menziarahi semua mangsa yang terbabit dalam kejadian ribut itu untuk mengetahui kerosakan yang dialami mereka.....

[ berita penuh ]

 

DBKL tambah 119 petak bazar ramadan Jalan Raja 


KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan 119 lagi petak niaga bazar Ramadan di Jalan Raja di ibu negara sebagai tambahan kepada 225 petak yang diperuntukkan sebelum ini. 

 
 

Kejadian pokok tumbang di Selangor semakin meningkat


KUALA LUMPUR, April 3 (Bernama) -- Kejadian pokok tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang yang dilaporkan di Selangor semakin meningkat di mana sejumlah 169 kes dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 144 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis. 

 
 

Streram henti kempen lawat kawasan kebakaran


SEREMBAN, 3 April (Bernama) -- Satu kejadian kebakaran berhampiran di Pasar Pekan Rantau hari ini telah menarik calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram ke lokasi bagi melihat bantuan yang mungkin boleh disampaikan.

 
 

SK Sega Rantau miliki nilai sejarah tersendiri


Oleh Hasnah Jusid

SEREMBAN, 3 April (Bernama) -- Sebut sahaja Rantau, pekan kecil di daerah Seremban, mungkin ramai yang membayangkan ia hanyalah sebuah 'Pekan Koboi'.

 
 

Kementerian sasar tambah dua laluan bas GoKL tahun ini - Khalid


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk menambah sekurang-kurangnya dua laluan bas GoKL ke kawasan berkepadatan tinggi di sekitar ibu kota pada tahun ini.

 
 

Visi Dr Streram mahu bangunkan Rantau sebagai kawasan ekopelancongan


SEREMBAN, 1 April (Bernama) -- Rantau sangat indah untuk dibangunkan sebagai kawasan ekopelancongan.

 
 

PRK Rantau: Peniaga terkejut pelanggan tetap bertanding calon Bebas


SEREMBAN, 1 April (Bernama) -- Beberapa peniaga di pasar pekan Rantau di sini terkejut apabila mengetahui pelanggan tetap mereka, R. Malarvizhi bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. 

 
 

Program Pembersihan Sungai Nadi Kehidupan kutip 535 kg sampah dari Sungai Klang


KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sebanyak 535 kilogram sampah dikutip pada program pembersihan sungai di bawah Program Pendekatan Awam, Fasa 5 Sungai Nadi Kehidupan (RoL) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sepanjang 100 meter Sungai Klang, di sekitar Midvalley Megamall, di sini hari ini. 

 
 

AKLEH tawar diskaun setiap Isnin dan Jumaat sepanjang April


KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus iaitu pengurangan kepada RM2 berbanding kadar asal RM2.50, pada Isnin dan Jumaat sepanjang bulan April. 

 
 

Proses penamaan calon PRK DUN Rantau berjalan lancar - polis


SEREMBAN, 30 Mac (Bernama) -- Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 - 144 - 145 -


 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel