Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Abd Jalil Ketua Polis Pahang ke-34

KUANTAN, 25 Julai (Bernama) -- Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Pahang ke-34, berkuat kuasa hari ini. 

Beliau mengambil alih tugas itu daripada Datuk Mohd Yusri Hassan Basri yang memangku jawatan itu sejak 14 Jun lalu selepas kerusi itu dikosongkan oleh Datuk Mohd Zakaria Ahmad yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. 

Majlis serah terima tugas antara mereka yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini, disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor. 

Abd Jalil, 56, yang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia bermula 17 Dis 1989 dalam ucapannya berikrar mendukung misi dan visi pucuk pimpinan dalam memastikan Pahang menjadi negeri yang selamat dan tenteram. 

"Saya juga telah memperoleh data dan statistik kes dadah seluruh Pahang khususnya di kawasan tanah rancangan. Kami belajar dari negeri lain dalam usaha membanteras jenayah dadah seperti Kedah yang melaksanakan Jihad Dadah yang menunjukkan kejayaan dalam isu ini.

"Ketenteraman rakyat juga agenda utama saya kerana kami tidak mahu rakyat berasa gusar. Faktor ini juga penting sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 kerana kita mahu Pahang menjadi destinasi utama pelancong kerana mereka tahu keadaan negeri ini selamat," katanya. 

Abd Jalil juga berazam untuk mencipta budaya kerja yang cemerlang berpandukan semangat 'esprit de corp' pegawai dan anggotanya dengan kerjasama daripada Mohd Yusri selaku Timbalan Ketua Polis Pahang. 

Katanya, penugasan hanya mampu dilaksanakan dengan baik jika semua anggota, di setiap peringkat, menyumbang tenaga dan idea yang bernas ke arah penghasilan kualiti kerja yang bermutu dan kondusif. 

Sementara itu, Mazlan secara santai mengakui kunjungannya ke IPK Pahang sebagai 'mengimbau kenangan peribadi' kerana ayahnya, Mansor Mohd Noor merupakan Ketua Polis Pahang ke-13 daripada  tahun 1972 hingga 1976. 

“Saya adalah anak polis yang menyambung legasi pekerjaan ayah,” katanya. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

Wanita ditikam bekas suami kerana enggan rujuk semula


BESUT, 24 Julai (Bernama) -- Gara-gara gagal untuk rujuk semula, seorang lelaki bertindak menikam bekas isterinya menggunakan pemutar skru, petang tadi.

 
 

PKR Kelantan ikrar taat setia dan sokongan kepada presiden parti


KOTA BHARU, 24 Julai (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan hari ini menyatakan ikrar taat setia mereka menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus menerajui parti itu.

 
 

Harimau: Terengganu tunggu hasil siasatan perlombongan dan pembalakan di Bukit Besi


KUALA NERUS, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan Terengganu masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung aktiviti pembalakan dan perlombongan di Bukit Besi, Dungun, didakwa menyebabkan kemusnahan habitat harimau sehingga haiwan itu tersesat ke sebuah perkampungan, minggu lepas.

 
 

Terengganu bina 160 unit rumah pangsa mampu milik di Tok Jembal


KUALA NERUS, 24 Julai (Bernama) -- Sebanyak 160 unit Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) akan dibina di Tok Jembal di sini khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40).

 
 

Maritim tahan dua bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman


KEMAMAN, 24 Julai (Bernama) --  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 21 tekong dan awak-awak yang dipercayai menceroboh dan menangkap ikan dalam kawasan perairan negara tanpa kebenaran, di sekitar perairan Kemaman, semalam.

 
 

Bersatu bahagian Pengkalan Chepa terus beri sokongan kepada kepimpinan parti


KOTA BHARU, 24 Julai (Bernama) -- Sokongan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pengkalan Chepa tidak tergugat walaupun wujud beberapa isu semasa dan pergolakan dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

 
 

ECRL mampu beri impak positif kepada ekonomi Terengganu - exco


KUALA TERENGGANU, 24 Julai (Bernama) -- Pelancaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka mampu memberi banyak impak positif kepada pembangunan ekonomi Terengganu sekali gus mengubah 'wajah' negeri ini pada masa akan datang.

 
 

Perhilitan Kelantan pindah gajah liar ke Taman Negara Terengganu.


KOTA BHARU, 24 Julai (Bernama) -- Seekor gajah jantan seberat dua tan, yang ditangkap di Batu Melintang, Jeli, Ahad lepas, selamat dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke Taman Negara Terengganu hari ini.

 
 

Cacat penglihatan bukan halangan bergelar penulis


KOTA BHARU, 24 Julai (Bernama) -- Biarpun buta mata kiri sejak lahir namun ia tidak menjadikannya sebagai alasan untuk terus berpeluk tubuh dan mengenang nasib sebagai seorang orang kurang upaya (OKU), Amy Suzani Mohd Ainuddin, 52, untuk bergelar penulis yang berjaya. 

 
 

Keluarga reda pemergian bapa di Makkah


PASIR PUTEH, 23 Julai (Bernama) – Keluarga kepada Allahyarham Ismail Yaacob, 67, dari Kampung Telaga Papan di sini yang meninggal dunia di Makkah reda dengan ketentuan Ilahi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 -


 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel