Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian Kesihatan sedia lakukan ujian forensik jika temui mayat Orang Asli

 

GUA MUSANG, 10 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan bersedia untuk melakukan ujian forensik terhadap 12 lagi mayat Orang Asli daripada suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh di sini yang didakwa telah meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya bersedia untuk melakukan ujian itu jika diminta berbuat demikian bagi membantu mengesan penyakit mereka dan punca sebenar penyakit itu merebak kepada sebahagian besar kaum terbabit di kampung sama. 

Bagaimanapun, kata beliau, perkara itu terserah kepada polis untuk menggali semula kubur mangsa yang ditanam secara adat kerana setakat ini hanya dua mayat mangsa yang sudah dilakukan bedah siasat dan kebumikan cara Islam. 

Katanya, kementeriannya juga sudah melakukan siasatan berhubung perkara itu di Kampung Kuala Koh tetapi sukar mengesan kubur mereka yang didakwa ditanam di dalam hutan. 

"Bila kita tanya keluarga mereka dan semuanya menjawab tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas mendapatkan taklimat berhubung perkara itu dan melawat pesakit Orang Asli yang dirawat di Hospital Gua Musang (HGM) di sini, hari ini.....

[ berita penuh ]

 

Persoal pengampunan pada Anwar: Takiyuddin diambil keterangan polis


KOTA BHARU, 10 Jun (Bernama) -- Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini, untuk diambil keterangan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh Pemuda PKR Cabang Ketereh, mengenai tuduhan ke atasnya yang dikatakan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

 
 

Jabatan Kesihatan Pahang ambil langkah kawalan, pencegahan


KUANTAN, 10 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Pahang mengambil langkah kawalan dan pencegahan di beberapa daerah yang bersebelahan dengan Gua Musang ekoran kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan Orang Asli yang berlaku di Kuala Koh. 

 
 

Tenun Pahang Diraja ilham Tunku Azizah untuk Istiadat Pertabalan Agong


KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

 
 

Polis akan mengesan 12 kubur Orang Asli yang didakwa telah meninggal dunia


GUA MUSANG, 10 Jun (Bernama) -- Polis akan mengesan kubur 12 Orang Asli suku kaum Batek yang didakwa telah meninggal dunia dan ditanam cara adat, di Kampung Kuala Koh dalam tempoh sebulan lalu akibat jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru.

 
 

K'jaan negeri kesan pemilik premis pengasingan sampah di Karak - Exco


KUANTAN, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang akan mengesan pemilik premis pusat pengasingan sampah di Karak, Bentong yang dikatakan beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah. 

 
 

Orang Asli suku Batek pakar hutan


KOTA BHARU, 10 Jun (Bernama) -- Orang Asli Batek adalah Orang Asli kategori Negrito (suku paling tua di Tanah Melayu) yang kebanyakannya menetap di Kelantan selain di Terengganu dan sedikit di Pahang kira-kira 100,000 tahun lalu, terkenal sebagai suku paling pakar dengan hutan.

 
 

Polis tahan suspek dadah dari tiga negeri dalam Op Tapin


KOTA BHARU, 10 Jun (Bernama) -- Polis menahan empat sahabat dari tiga negeri berbeza dan merampas sejumlah dadah bernilai kira-kira RM8,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Padang Bongor dalam Op Tapin awal pagi tadi.

 
 

Wanita Thailand ditemui mati tergantung


TANAH MERAH, 10 Jun (Bernama) -- Mayat seorang wanita warganegara Thailand berusia 45 tahun ditemui di sebuah rumah di Kampung Taman Selaseh berdekatan Jalan Ismail Petra, Tanah Merah pagi tadi.

 
 

Jabatan Kesihatan Kelantan nafi kematian kanak-kanak Orang Asli di HRPZ II


KOTA BHARU, 10 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memaklumkan bahawa kenyataan merujuk kepada dakwaan dalam media sosial  bahawa seorang lagi Orang Asli dari Kuala Koh, Gua Musang  meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini Ahad adalah tidak benar.

 
 

JAKOA sedia logistik kepada agensi kerajaan


KUALA KRAI, 9 Jun (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menyediakan kemudahan logistik terutama kemudahan pengangkutan kepada agensi kerajaan untuk menjalankan siasatan berhubung jangkitan penyakit radang paru-paru membabitkan masyarakat Orang Asli suku kaum Batik di Kuala Koh, Gua Musang.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel