Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja ditemukan lemas

PEKAN, 20 Jan (Bernama) -- Seorang remaja ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus semasa cuba membantu rakannya yang tergelincir di sungai di Kampung Tanjung Medang Hilir di sini, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata mangsa Mohammad Fariz Mohd Syukur, 16, ditemukan oleh orang awam pada pukul 11.50 pagi. 

"Mangsa dipercayai ke sungai itu bersama anggota keluarganya untuk memancing dan menjaring ikan. Mangsa dikatakan cuba membantu rakannya yang tergelincir semasa mengharung sungai. 

Rakan mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Wan Samsul Effendi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.20 pagi dan mayat  mangsa telah diangkat ke tebing sungai oleh orang awam yang berada di sungai itu. 

Mangsa yang berasal dari Perumahan Dato' Syahbandar di sini, diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat. 

-- BERNAMA 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

KPKT buka tender pembelian baju kalis api Rabu ini - Zuraida


PASIR PUTEH, 20 Jan (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuka tender bagi pembelian baju kalis api untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Rabu (23 Jan) ini.

 
 

Guru kerugian ditipu rakan sendiri


KUANTAN, 20 Jan (Bernama) -- Seorang guru kerugian RM9,600 apabila diperdayakan rakan sendiri dalam urusan pembelian kereta dan motosikal pada minggu lepas. 

 
 

Warga Pakistan dikesan kahwin wanita tempatan untuk kepentingan berniaga


TANAH MERAH, 20 Jan (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mengesan terdapat warganegara Pakistan mengambil kesempatan berkahwin dengan wanita tempatan bagi tujuan tinggal lebih lama di negara ini untuk berniaga.

 
 

PH buat laporan polis terhadap Lokman Nor Adam


TANAH RATA, 20 Jan (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam, yang mendakwa bahawa PH membeli kad pengenalan Orang Asli bagi menghalang mereka daripada mengundi pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

 
 

Tiada ugutan, tawaran kepada Tok Batin - Fuziah


KUANTAN, 20 Jan (Bernama) -- Tiada ugutan atau tawaran dibuat kepada Tok Batin di Cameron Highlands untuk mendapatkan undi, tegas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh. 

 
 

Orang Asli mahukan pilihan raya bersih dan wakil rakyat sejati


Pertembungan dalam pilihan raya hendaklah antara calon dan apa yang mereka dapat tawarkan kepada masyarakat.

 
 

JPJ Terengganu keluarkan 30 notis saman kepada operator lori


Ops Tutup yang bermula Rabu lalu akan diteruskan sehingga satu tempoh yang ditetapkan nanti dan sepanjang tempoh tiga hari sebanyak 100 lori telah diperiksa.

 
 

Kehadiran Nwakaeme bantu perkukuh skuad Tok Gajah - Dollah Salleh


Pada minggu depan saya rasa Pahang sudah cukup lengkap sebagai satu pasukan dengan lima pemain import.

 
 

Pahang seperti kampung saya - Nwakaeme


Selepas beraksi di Perancis saya mengalami kecederaan dan kini kembali pulih selepas tidak bermain tahun lepas.

 
 

Bot nelayan Vietnam ditahan ketika menceroboh perairan Terengganu


Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit tidak memiliki sebarang dokumen atau permit kebenaran yang sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia dan kesemua awak-awak dan tekong berumur 22 hingga 51 tahun juga didapati  tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel