Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kenang kepantasan Almarhum Sultan Ahmad Shah

KUANTAN, 22 Mei (Bernama) -- Kepantasan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menyantuni rakyat akan menjadi kenangan terindah wakil rakyat Pahang yang berpeluang menyaksikan sendiri kebaikan peribadi baginda. 

Setiausaha DAP Pahang Lee Chin Chen berkata antara kenangan paling tidak boleh dilupakannya bersama almarhum ialah semasa tragedi kemalangan bas yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highlands pada Ogos 2013. 

"Saya dimaklumkan almarhum segera bertolak dari Kuantan untuk bertemu dengan mangsa dan keluarga mereka. Baginda berangkat ke lokasi kejadian hanya beberapa jam selepas kemalangan berlaku. 

"Di lokasi, baginda menitahkan supaya semua bentuk bantuan yang diperlukan oleh mangsa disegerakan. Saya sebagai Anggota Dewan Negeri (ADUN) Ketari semasa itu, tahu perlu belajar satu dua perkara daripada sikap keprihatinan almarhum," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.50 pagi tadi dan jenazahnya akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, selepas Zohor esok. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata almarhum merupakan bukti slogan 'raja dan rakyat berpisah tiada' disebabkan sifat pemurah baginda membantu rakyat, tanpa mengira masa. 

"Pernah terjadi kebakaran di Sekolah Menengah Datuk Bahaman di Lanchang, almarhum bergegas berangkat dan berkenan meluangkan masa selama hampir empat jam bertemu dan menenangkan pelajar. 

"Baginda enggan pulang selagi tidak melihat bantuan sewajarnya diberikan kepada pelajar. Itu antara kenangan saya dengan almarhum yang memang tidak dapat dilupakan," katanya.

Keperibadian almarhum juga diakui ADUN Pulau Tioman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang kemangkatan baginda dimuliakan pada bulan Ramadan. 

Bagi ADUN Beserah Andansura Rabu, beliau menyifatkan kemangkatan almarhum sebagai kehilangan besar kepada Pahang kerana keperibadian baginda yang sangat dekat di hati rakyat.....

[ berita penuh ]

 

Petugas pelantar minyak Pulai Alfa selamatkan nelayan warga Kemboja


KEMAMAN, 22 Mei (Bernama) -- Seorang nelayan warga Kemboja yang dilaporkan hilang ditemui selamat kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

 
 

Rawatan alternatif selamatkan kaki tukang rumah


Kaki kanan seorang tukang rumah  Hamizi Hamzah, 39, hampir dipotong oleh doktor akibat luka teruk dan bernanah sehingga nampak daging berpunca daripada gigitan ulat bulu ketika mencari tiram dua bulan lalu.

 
 

Pahang berkabung 40 hari bermula hari ini


Negeri Pahang akan berkabung selama 40 hari bermula 12 tengah hari ini bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. 

 
 

Polis ada petunjuk positif keberadaan Jho Low - KPN Abdul Hamid


Polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebaga Jho Low, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

 
 

Dua beranak hilang tempat tinggal selepas rumah hangus terbakar


KUALA TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) -- Dua beranak terpaksa mengharungi Ramadan ini dalam keadaan sukar apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Hiliran Jejawi, di sini hangus dalam kebakaran pada kira-kira pukul 2.00 petang ini.

 
 

Penjawat awam Terengganu terima bonus raya RM400


KUALA TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian bonus raya RM400 seorang kepada seramai 12,700 penjawat awam negeri melibatkan penjawat gred 54 ke bawah.

 
 

Polis Marin rampas 70 botol air daun ketum di Tok Bali


PASIR PUTEH, 21 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin Tok Bali Wilayah Tiga Kelantan merampas 70 botol (350 liter) daun ketum  bernilai RM2,100 yang siap diproses dalam serbuan di sebuah rumah kediaman di Tok Bali, di sini petang semalam.

 
 

'Ide gile' dua beranak wujud hotel kapal terbang dalam hutan


Oleh Siti Salwa Shaari

KUANTAN, 21 Mei (Bernama) -- 'Ide gila' dua beranak sejak tiga tahun lepas, mencetuskan kewujudan hotel kapal terbang, dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini. 

 
 

KADA galak rakyat Kelantan tanam kopi


TUMPAT, 21 Mei (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu menggalakkan penduduk Kelantan menanam kopi sebagai usaha mengembangkan industri itu berikutan 'trend' di seluruh dunia yang meminati minuman berkenaan.

 
 

Remaja hancur lima jari tangan akibat main mercun


BESUT, 20 Mei (Bernama) -- Akibat bermain mercun seorang remaja lelaki berusia 13 tahun hilang kelima-lima jari tangan kanannya dalam satu kejadian di Kampung Kubang Ikan, di sini, hari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 -


 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel