Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masyarakat Orang Asli terancam kesan pembalakan tidak ikut SOP

GUA MUSANG, 23 Dis (Bernama) -- Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memandang serius kemusnahan kawasan tadahan air dan pencemaran air sungai di beberapa perkampungan Orang Asli berikutan aktiviti pembalakan yang tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). 

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata berikutan itu, masyarakat Orang Asli yang menggunakan air sungai yang tidak bersih kini terdedah kepada penyakit berjangkit serta penyakit kulit.

“Saya akan mendapatkan laporan berhubung syarikat pembalakan yang menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli bagi memastikan mereka mempunyai lesen yang sah atau menjalankan aktiviti berkenaan secara haram,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dua perkampungan masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 dan Kuala Koh di sini, malam tadi.....

[ berita penuh ]

 

Datuk kerugian lebih RM100,000, rumah dipecah masuk


Kereta jenis Porsche yang ditinggalkan di garaj rumah turut dirosakkan selepas dipercayai cuba dilarikan tetapi gagal, malah tiga CCTV yang berada di hadapan dan dalam rumah turut dirosakkan dipercayai untuk mengelak perbuatan mereka dirakam.???????

 
 

Rugi RM30,000 gajah musnah kebun kelapa sawit


Ini sudah masuk kali kedua kejadian serangan gajah di kebun kami dan sebelum ini pun sudah 60 pokok musnah dikerjakannya. Jadi kami amat berharap pihak berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah ini sebelum ia memusnahkan semua tanaman.

 
 

Kadar jenayah Terengganu turun tahun ini - Ketua Polis Terengganu


Ia adalah hasil kerjasama antara orang awam dan polis yang memberi maklumat dan lawatan ke bengkel bagi mengesan jika terdapat alat ganti yang telah dileraikan.

 
 

Yayasan Pahang peruntuk RM3.4 juta untuk bantuan persekolahan


Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan berupa wang tunai berjumlah RM150 kepada seorang murid supaya mereka  membeli sendiri persiapan seperti beg sekolah dan pakaian sekolah kepada mereka.

 
 

Jangan guna wang royalti untuk parti - Pengerusi PPBM Terengganu


Setakat ini kerajaan pusat telah menyalurkan sebanyak RM450 juta wang royalti kepada negeri Terengganu yang dibayar sebanyak tiga kali iaitu yang terakhir pada awal bulan ini.

 
 

Royalti minyak: Kelantan arah tarik balik saman dua bulan lepas


KOTA BHARU, 22 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kelantan telah mengarahkan peguamnya menarik balik saman berhubung royalti minyak terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan kira-kira dua bulan lepas, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 
 

Peguam rugi lebih RM100,000 ditawar pakej percutian tidak wujud


KUANTAN, 22 Dis (Bernama) -- Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud ke Korea.

 
 

Pahang berubah status negeri pembangkang, cabar kemampuan Wan Rosdy


Oleh Siti Salwa Shaari

KUANTAN, 22 Dis (Bernama) -- Perubahan tampuk kepimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadikan Pahang berubah status sebagai sebuah negeri pembangkang, menjadi satu daripada dua negeri yang masih 'dikuasai' Barisan Nasional (BN).

 
 

Anih Berhad umun diskaun 10 peratus sempena Krismas


KUANTAN, 21 Dis (Bernama) -- Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) Anih Berhad mengumumkan diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas untuk semua jenis kenderaan.

 
 

Terengganu kekal had umur minimum untuk perkahwinan


KUALA TERENGGANU, 20 Dis (Bernama) -- Had umur minimum untuk berkahwin bagi orang Islam di Terengganu kekal pada 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan, seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel