Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persatuan Teksi Pahang Timur tuntut kesamarataan dengan e-hailing

KUANTAN, 19 Dis (Bernama) -- Persatuan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pahang Timur menuntut kesamarataan di antara perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-hailing menerusi satu perhimpunan aman oleh 50 pemandu teksi di sini, hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan, Roslan Ghazali berkata pihaknya tidak membantah perkhidmatan e-hailing daripada beroperasi namun pihaknya melihat komuniti e-hailing menikmati beberapa kelebihan berbanding pemandu teksi.

“Terdapat perbezaan ketara dapat dilihat bagi kedua-dua perkhidmatan ini, antaranya dari segi syarat perkhidmatan. Pemandu teksi perlu memiliki kad memandu, pemeriksaan kesihatan, insurans dan banyak lagi prosedur yang perlu dipenuhi sebelum mendapat kelulusan membawa teksi berbanding perkhidmatan e-hailing.

“Kami melihat perkhidmatan e-hailing ini juga mendapat kelonggaran daripada pihak kerajaan untuk beroperasi tetapi kami pemandu teksi pula perlu mengikuti syarat-syarat yang ketat.

“Kita lihat syarat-syarat yang diberikan itu boleh membunuh kita (pemandu teksi) sebab pemandu e-hailing akan mendapat kelebihan dari pelbagai segi,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat persatuan itu di Hentian Teksi Jalan Mahkota yang turut dihadiri Yang Dipertuanya, Mat Yasin Talib.

Roslan berkata pihaknya mengadakan himpunan ini sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) dan dijalankan secara serentak di seluruh negara.

“Perkhidmatan e-hailing juga pengangkutan awam seperti teksi jadi bagi memupuk persaingan yang adil, kelonggaran ini boleh diberikan kepada komuniti teksi juga,” katanya.

“Kita ada minta dengan kerajaan terdahulu di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) satu aplikasi untuk teksi tetapi jawapan yang kami terima, kosnya terlalu tinggi.

“Agak pelik juga dengan jawapan yang diberikan pihak kerajaan kerana pihak swasta mampu untuk buat (aplikasi) tapi kerajaan tidak.

“Jadi macam mana kerajaan mahu menaiktarafkan perkhidmatan teksi tapi tidak mahu menyediakan platform bagi kami untuk menaiktaraf perkhidmatan kami,” katanya.

Beliau memaklumkan pihak GTSM juga akan menghantar memorandum berkenaan tuntutan ini kepada Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Kerajaan Terengganu siasat aduan salah laku di GLC


Tindakan mengunci pintu berkenaan hanyalah satu kaedah dan masih mengikut SOP bagi menghalang individu tertentu supaya tidak berada di premis ketika siasatan sedang dijalankan.

 
 

RTM nafi larang mufti Kelantan bersiaran di KELANTANfm


KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysian (RTM) menafikan dakwaan yang disiarkan di Utusan Malaysia Online hari ini bahawa Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad merupakan antara penceramah yang dilarang untuk bersiaran di KELANTANfm. 

 
 

Sivarraajh antara calon disenarai MIC untuk PRK Cameron Highlands


Mahkamah dapati amalan rasuah berlaku dalam pilihan Raya Cameron Highlands tetapi Yang Arif telah beritahu tiada keterangan Sivarraajh beri rasuah. Oleh itu tiada apa-apa yang menghalang untuk beliau dipilih sebagai calon untuk bertanding di Cameron Highlands.

 
 

BN Pahang kekal utuh berkhidmat kepada rakyat


Walaupun sudah tidak sealiran dengan kerajaan pusat, BN Pahang sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan pembangkang yang terbaik.

 
 

Pahang harap pusat tetap harga lantai untuk sawit


KUANTAN, 18 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang mengulangi harapannya agar kerajaan persekutuan menimbang menetapkan harga lantai bagi kelapa sawit berikutan kejatuhan harga komoditi itu menjejaskan pendapatan pekebun kecil di negara ini dengan sebahagiannya di negeri itu.

 
 

Pemimpin UMNO keluar parti elak diburu kesilapan lampau - PAS Kelantan


Boleh jadi semasa menjadi menteri sebelum ini ada kesilapan-kesilapan tertentu yang dilakukan sehingga mereka terpaksa menanggung tekanan. Jadi sebagai langkah selamat daripada diburu adalah lebih selamat mereka menyertai PH.

 
 

Barangan keperluan mangsa banjir Terengganu mencukupi


MARANG, 18 Dis (Bernama) -- Barangan keperluan mangsa banjir di Terengganu masih mencukupi dan mampu menampung keperluan 30,000 hingga 35,000 mangsa pada satu-satu masa.

 
 

MUIP yakin mampu capai sasaran RM130 juta kutipan zakat


Pada tahun ini kita menyasarkan seramai 85,000 pembayar zakat akan berbuat demikian dan kita yakin sasaran untuk mencapai RM130 juta akan tercapai walaupun masa hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.

 
 

Polis tahan enam lelaki terlibat kes culik di Maran


KUANTAN, 17 Dis (Bernama) -- Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki setelah tiga hari diculik dan dilarikan ke Kelantan oleh sekumpulan lelaki ketika sedang berehat di rumahnya di Jengka Maran pada malam 10 Dis lepas.

 
 

Banjir: UniSZA sedia bilik untuk pelajar luar kampus yang terjejas


KUALA NERUS, 17 Dis (Bernama) -- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif membuka penempatan sementara buat pelajar UniSZA luar kampus, berikutan kediaman mereka terjejas  akibat banjir sejak pagi tadi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 -


 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel