Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hasrat miliki van musnah akibat ditipu

KUANTAN, 7 Jan (Bernama) -- Impian seorang juruteknik untuk memiliki sebuah van  musnah selepas ditipu dalam urusan jual beli menerusi laman internet, minggu lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 20 tahun mendakwa ingin membeli van jenis Perodua Rusa yang diiklankan di sebuah laman web pada 1 Jan. 

Katanya, mangsa berurusan dengan seorang lelaki dan mereka bersetuju pada harga RM5,000 dengan syarat mangsa yang menetap di Kemayan, Bera dekat sini, menjelaskan deposit sebanyak RM1,000. 

"Mangsa membuat bayaran itu pada hari yang sama dan dua hari kemudian, dia dihubungi seorang wanita yang memintanya menjelaskan bayaran penuh sekiraya benar-benar berminat dengan van tersebut. 

"Mangsa bagaimanapun mendakwa gagal untuk menghubungi kedua-dua suspek selepas menjelaskan baki RM4,000 pada malam 3 Jan lepas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir menambah mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera semalam, kerana merasakan dirinya telah ditipu dalam urusan jual beli itu. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Unit Udara JBPM bantu keluarkan wanita Orang Asli sesak nafas


GUA MUSANG, 6 Jan (Bernama) – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini membantu mengeluarkan seorang wanita masyakarat Orang Asli yang mengalami sesak nafas akibat demam panas berlarutan sejak sebulan lepas.

 
 

Isytihar rizab hasil royalti minyak - PKR Terengganu


KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu meminta kerajaan negeri pimpinan PAS mengisytiharkan jumlah rizab terkumpul hasil royalti minyak yang diterima setiap tahun. 

 
 

Kolam didakwa milik Puteri Saadong terbiar


Lebih menyedihkan, tapak warisan sejarah yang sewajarnya dilindungi itu terbiar dan hanya dijaga penduduk kampung yang mahu sejarah pemerintahan Kelantan itu terus kekal dikenali masyarakat.

 
 

Nelayan perlu kelengkapan keselamatan ketika menangkap ikan - APMM Kelantan


Nelayan masih perlu berwaspada dengan menyediakan jaket keselamatan, bekalan makanan yang mencukupi, enjin yang sentiasa diservis serta bot yang mampu bertahan ketika dilambung ombak.

 
 

Doktor muda ditipu dalam jual beli alat penghawa dingin


E-mel itu menyatakan mangsa perlu membayar RM3,700 yang dikatakan sebagai duit pemprosesan kepada ejen kerana dibuat menerusi akaun luar negara.

 
 

PH tak pandang rendah BN di Cameron Highlands


Kerisauan kita pada PRK Cameron Highlands adalah peratusan keluar mengundi kerana ada waktunya peratusan keluar mengundi adalah rendah pada PRK...bagaimanapun semua parti dalam PH sudah sepakat untuk bertugas sepenuh masa bagi membantu kemenangan calon.

 
 

Syukur isteri terima kekurangan diri


Kami tahu mengenai majlis perkahwinan beramai-ramai ini melalui laman sosial Facebook. Selepas berbincang dengan bakal isteri, kami bersetuju untuk menyertai majlis perkahwinan perdana hari ini kerana berasakan ia menarik dan pengalaman yang unik.

 
 

Geran RM900,000 bantu usahawan di Kelantan - SSM


Peniaga yang menerima bantuan ini akan dipanggil selepas tujuh bulan memulakan perniagaan, bagi mengetahui perkembangan semasa.

 
 

Skop tugasan khas untuk Cameron Highlands dan Lojing sedang dibuat


Kerajaan telah berbelanja besar seperti membuat program mitigasi tanah runtuh dan banjir di Cameron Highlands namun kurang mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

 
 

Najib yakin BN kekal kemenangan di Cameron Highlands


Kalau semua jentera BN menggunakan strategi yang betul maka tiada masalah untuk kita kekalkan kerusi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel