Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembangunan MCKIP angkat jenama Malaysia ke antarabangsa

KUANTAN, 20 Mei (Bernama) -- Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak di Gebeng di sini, mampu mengangkat jenama barangan buatan Malaysia ke persada antarabangsa.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata beliau dimaklumkan sekitar 85 hingga 90 peratus barangan yang dihasilkan di kawasan industri itu adalah berorientasikan eksport. 

"Terdapat 11 kilang di sini dengan kilang terbesar ialah kilang besi dan keluli Alliance Steel (M) Sdn Bhd. Saya difahamkan kilang pembuatan kertas dan tayar yang kedua-duanya adalah 100 peratus untuk dieksport ke pasaran dunia telah menandatangani perjanjian untuk beroperasi di sini.  

"Ini akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan membolehkan pemindahan teknologi ke sini, selain mewujudkan satu rantaian bekalan industri yang sekali gus memacu perkembangan ekonomi di Pantai Timur,” katanya.....

[ berita penuh ]

 

Polis rampas daun ketum di Jeli


Polis merampas daun ketum seberat 430 kilogram bernilai RM13,000 di Kampung Salor, Batu Melintang dalam satu sekatan jalan raya Sabtu lepas.

 
 

Jambatan angkat dibuka kepada orang ramai 2 Jun


Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun hingga 17 Jun ini sebagai percubaan kepada prestasi sistem operasinya.

 
 

PGA9 rampas haiwan seludup bernilai hampir RM1 juta di sempadan


PASIR MAS, 20 Mei (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am Batalion 9 (PGA9) berjaya membuat rampasan sebanyak 235 ekor lembu, kambing (46), biri-biri (38) dan empat ekor kerbau bernilai hampir RM1 juta hanya dalam tempoh 72 jam ditugaskan di sempadan Kelantan-Thailand.

 
 

Ugut Ketua Polis Daerah: DAP ambil tindakan sewajarnya


KUANTAN, 20 Mei (Bernama) -- DAP akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pemimpin bahagian parti itu di Pahang yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Nga Kor Ming. 

 
 

Syarikat bas E-Mutiara jamin pemandu mereka bebas dadah


KOTA BHARU, 20 Mei (Bernama) -- Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memberi jaminan 180 pemandu bas syarikat berkenaan adalah bebas daripada segala penyalahgunaan bahan terlarang khususnya dadah.

 
 

Isu air: Armada Kelantan sedia jadi orang tengah


KOTA BHARU, 19 Mei (Bernama) -- Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan sedia menjadi ‘orang tengah’ atau perunding antara kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di tiga daerah utama iaitu Machang,Tumpat dan Pasir Puteh. 

 
 

Ugut Pengarah Penguatkuasa MPS: Polis buru 'Man Puchong'


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) – Polis memburu individu Jafni Abdullah atau dikenali sebagai ‘Man Puchong’ bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap seorang pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) baru-baru ini.

 
 

Pemimpin bahagian parti ditahan ugut ketua polis daerah


KUANTAN, 19 Mei (Bernama) -- Polis Pahang mengesahkan telah menahan seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik di negeri ini bagi membantu siasatan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan. 

 
 

Pemandu rentung selepas lori bertembung treler


KUANTAN, 19 Mei (Bernama) --  Seorang pemandu lori rentung apabila kenderaan dipandunya terbakar selepas bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 18, Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang berhampiran Selendang di Lipis, dekat sini, hari ini. 

 
 

Bank Makanan Parlimen Kuantan bermula hujung Jun - Fuziah Salleh


KUANTAN, 19 Mei (Bernama) -- Program Bank Makanan Parlimen Kuantan bagi membantu golongan kurang bernasib baik sekitar daerah ini dijangka bermula pada penghujung Jun ini, kata Anggota Parlimennya Fuziah Salleh. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin berkenan rasmi bangunan LKIM Perak yang baharu

 
     

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel